Messi Tagih Sokongan Padu Penyokong Bertemu Sevilla Di Camp Nou

Messi

Lionel Messi menegaskan bahawa Barcelona amat menagih sokongan padu dari para penyokong untuk menyemarakkan kembali semangat para pemain untuk berdepan Sevilla dalam perlawanan suku akhir kedua Piala Raja Sepanyol, awal pagi nanti.

Barcelona berdepan tugas sukar untuk menjulang gelaran buat kali kelima berturut-turut selepas mereka tewas 0-2 pada aksi pertama di Stadium Ramon Sanchez-Pizjuan.

Ternyata, Sevilla bukanlah lawan mudah buat Barca. Kelab Catalan itu perlu memperkuatkan barisan terbaiknya bagi mengejar semula defisit dua gol pasukan lawan.

Tagih sokongan penyokong

Sebagai ketua pasukan, Messi amat berharap penyokong memberikan sokongan paling ‘padu’ ketika beraksi di Camp Nou nanti.

Beliau mengakui Sevilla sebagai pasukan yang hebat, dan sedar untuk pasukan mengejar defisit ketinggalan dua gol bukan satu perkara yang mudah untuk dilakukan.

Oleh sebab itu, Messi amat berharap penyokong Barca memberikan sokongan yang terbaik ketika melayan kunjungan pelawat nanti.

“Amat sukar untuk mengembalikan situasi selepas tertinggal 2-0 menentang pasukan hebat seperti Sevilla,” tegas Messi.

“Kami amat memerlukan sokongan penyokong kami kerana mereka [Sevilla] memiliki pemain yang sangat bagus dan mereka bermain sangat baik dalam taktikal serangan balas.”

Cabaran La Liga

Dalam pada itu, Messi turut sempat berbicara tentang cabaran La Liga musim ini.

Beliau bagaimanapun memberi amaran kepada pasukannya agar sentiasa fokus mengejar mata dan jangan terlalu leka meskipun pasukan kini sedang mendahului tangga teratas La Liga.

Lionel Messi (10) of FC Barcelona celebrates scoring the goal during the match FC Barcelona against CD Leganes, for the round 20 of the Liga Santander, played at Camp Nou on 20th January 2019 in Barcelona, Spain. (Photo by Mikel Trigueros/Urbanandsport/NurPhoto via Getty Images)

Barcelona kini kembali melebarkan jarak lima mata ke atas Atletico Madrid di tangga kedua liga, selepas mereka hanya dipisahkan seketika dengan perbezaan dua mata hasil kemenangan ke atas Getafe, semalam.

“Ini adalah persaingan liga yang sengit, baik di atas mahupun di bawah, dengan hanya ada perbezaan beberapa mata.”

“Kami akan berusaha menjaga prestasi ini dan terus mengumpulkan mata perlawanan.”

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN