Danny Murphy: Liverpool Masih Tidak Mempunyai Pengganti Pemain Kreatif Seperti Phillipe Coutinho

Coutinho

Bekas pemain tengah Liverpool, Danny Murphy menyifatkan bahawa The Reds masih belum dapat mencari pengganti pemain kreatif seperti Phillipe Coutinho dalam pasukan.

Kekurangan kreativiti di jentera tengah dilihat Murphy sebagai antara masalah yang membuatkan Liverpool gagal dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

”Saya fikir jika anda bertanyakan kepada penyokong Liverpool, sekiranya mereka mahu melihat pemain seperti Coutinho kembali, ya sudah tentu.”

MANCHESTER, ENGLAND – APRIL 24: Danny Murphy of Liverpool celebrates after scoring the first goal with a penalty during the FA Barclaycard Premiership match between Manchester United and Liverpool at Old Trafford on April 24, 2004 in Manchester, England. (Photo by Alex Livesey/Getty Images)

”Saya merasakan ia adalah terbaik untuk mempunyai seorang pemain seperti itu (kreatif) dan mereka (Liverpool) tidak mempunyai pemain yang memainkan peranan tersebut.”

”Tetapi Liverpool kini satu mata dibelakang (Manchester) City selepas menamatkan saingan musim lalu dengan 19 mata dibelakang mereka.”

Liverpool pada mulanya kelihatan semakin hampir untuk menamatkan penantian sejak sekian lama bagi menjulang trofi liga paling popular itu.

Bagaimanapun mereka terlepas peluang untuk terus memimpin carta liga selepas sekadar seri tanpa jaringan bertemu Everton awal pagi tadi.

Keputusan yang memberikan peluang buat juara bertahan, Manchester City kembali di atas dengan kelebihan satu mata ketika aksi berbaki 10 perlawanan lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN