Daniel Ting: “Kalau Itu Yang Jurulatih Mahukan, Saya Tiada Masalah”

Pemain tonggak Harimau Malaya, Daniel Ting mengakui beliau tidak mempunyai masalah untuk beraksi di posisi bukan kebiasaannya jika ditagih oleh barisan kejurulatihan untk aksi akan datang.

Terdahulu, Daniel diletakkan sebagai calon utama dalam kalangan pemerhati bola sepak tempatan untuk tersenarai selaku pemain pertahanan kanan Malaysia, selepas mereka sah kehilangan khidmat Matthew Davies.

Davies dan Junior Eldstal dilaporkan sah tidak bersama skuad kebangsaan sebelum itu untuk mengharungi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 selepas kedua pemain tersebut mengalami kecederaan.

Ianya dilaporkan sendiri melalui media Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) telah pun menghantar pemakluman rasmi menerusi surat mengenai kedua pemain itu.

Tanpa Davies, persoalan mula timbul dalam kalangan peminat kerana pertahanan kental itu diakui antara pilihan utama semenjak era kejurulatihan Kim disebabkan prestasi beliau cukup berkualiti.

Namun, cetusan idea juga timbul di media sosial dengan nama Daniel dijulang selaku pengganti sesuai bagi kekosongan tersebut menerusi prestasi dipamerkan bintang Sabah itu pada aksi lalu di saingan Piala Asia 2023.

Malah Daniel sendiri mengakui beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk beraksi di posisi tersebut sekiranya para kejurulatihan telah menetapkannya pada saingan akan datang.

“Kalau itu (bermain di bek kanan) yang jurulatih mahukan, tiada masalah kerana saya pernah beraksi di posisi itu sebelum ini. Kita perlu ikut apa sahaja yang dimahukan jurulatih walaupun ia bukanlah posisi sebenar saya.

“Tetapi saya gembira dengan apa sahaja tugasan yang diberikan untuk membantu skuad kebangsaan,” jelas Daniel menerusi laporan dikeluarkan oleh Berita Harian.

Pada saingan Piala Asia 2023 di Qatar lalu, Daniel tampil dengan aksi cukup menyakinkan ketika perlawanan terakhir pasukan kebangsaan sewaktu menentang cabaran daripada Korea Selatan.

Tampil selaku pertahanan kanan, kelibat Daniel antara paling mendapat pujian penuh penyokong kerana beliau berjaya mengekang pemain serangan bertaraf dunia seperti Son Heung-min daripada bergerak bebas.

Selain Daniel, skuad Harimau Malaya juga masih memiliki seorang pertahanan kanan berkualiti iaitu Azam Azmi Murad dan prestasi bintang muda Terengganu itu juga berada pada tahap cukup menyakinkan.

Pada pandangan anda, adakah Daniel bakal mengisi kekosongan tersebut atau rombakan baharu bakal dibuat kembali oleh Kim untuk mengharungi aksi ketiga saingan itu?

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN