Pemain sayap baru Manchester United, Daniel James sebenarnya layak untuk mewakili England di peringkat antarabangsa, tetapi hasrat itu akhirnya tidak menjadi kenyataan.
Menurut pemain berusia 21 tahun itu, England tidak pernah cuba untuk hubunginya dan bertanya sama ada beliau berminat untuk bermain buat skuad Three Lions atau tidak, sedangkan beliau lahir di negara berkenaan.
Prestasi James pada musim pertama bersama United telah mengkagumkan banyak pihak dan beliau merupakan penjaring terbanyak kelab bersama Marcus Rashford dengan tiga gol.
Menjelang aksi kelayakan Eropah berdepan Slovakia dan Croatia, James mendedahkan minatnya untuk menyarung jersi England namun hasrat itu tidak kesampaian sekalipun beliau lahir di Kingston, sebuah pekan pelabuhan kecil yang terletak di Hull, England.
Sebaliknya, mendiang ayah James, seorang warganegara Wales telah membawa beliau ke utara Wales dan bermain untuk skuad remaja negara itu.
"I know he is looking down on me now, still driving me on." ❤
Manchester United's Daniel James feels the pain of his father's death every day.
Read more ➡ https://t.co/dym1H7i6wA #MUFC #ManUtd #bbcfootball pic.twitter.com/uIMSjX45tI
— BBC Sport (@BBCSport) July 21, 2019
“Sejak dari itu, saya terus bermain untuk Wales untuk semua peringkat umur. Saya boleh katakan England tidak pernah cuba untuk ambil saya bermain untuk mereka.”
Memulakan kariernya di akademi Hull City, James kemudian menyertai akademi Swansea City, sebuah kelab Wales yang bertanggungjawab mengembangkan potensinya.
James yang menyertai United dengan yuran perpindahan cuma £15 juta boleh dikatakan antara pemain yang menyinar di Old Trafford dalam keadaan kelab tersebut berada pada ‘zaman gelap’ mereka ketika ini.
Pemain sayap itu menjaringkan gol ketika membuat penampilan pertama ketika The Red Devils membelasah Chelsea 4-0 dan kemudiannya mengumpul tiga gol dalam empat perlawanan awal Liga Perdana Inggeris (EPL). Tetapi kini kempen United dalam saingan EPL semakin kelam dan berada pada kedudukan ke-12 liga.
#MUFC August Player of the Month ✅#MUFC August Goal of the Month ✅
A superb strike v Southampton completes a month to remember for @Daniel_James_97! 🌟 pic.twitter.com/tqUbxHIfLK
— Manchester United (@ManUtd) September 7, 2019
James menjelaskan, amat penting untuk Manchester United memperbaiki keadaan dan tidak meneruskan persembahan buruk mereka ketika kini.
“Dalam saingan EPL musim ini, banyak kelab yang mempunyai pemain-pemain muda dengan tekad yang tinggi untuk membuktikan kemampuan mereka. Saya sendiri juga melakukan perkara yang sama,” tambahnya lagi.
“Perkara yang sama saya lakukan ketika bermain untuk Swansea sebelum ini, malangnya prestasi semasa kami tidak begitu baik.
Daniel James determined to improve Wales' Euro 2020 qualification hopes after a difficult spell at Manchester United. #TogetherStronger #MUFC pic.twitter.com/nO9kMHXK4f
— SBOTOP (@SBOBET) October 8, 2019
“Dalam bola sepak, amat penting untuk bertindak segera jika perkara yang dirancang tidak berjalan dengan sebaiknya. Bagus jika segalanya berjalan lancar. Tetapi kita perlu segera atasi jika sesuatu yang buruk berlaku.”
James akan menyertai skuad kebangsaan Wales untuk aksi menentang Slovakia di Trnava pada Khamis, 10 Oktober ini sebelum pulang untuk berhadapan Croatia di halaman sendiri tiga hari kemudian.