Quantcast

BERITA

Penyokong Man United Ini Kongsi Cerita Bagaimana Klopp Sedang Menghancurkan Hidupnya

Sebuah Akhbar peminat Manchester United di Manchester telah menerbitkan satu penulisan oleh George Lewis. George Lewis merupakan peminat Man United. Beliau juga kolumnis The Times selain daripada seorang pelawak.

Kami kongsikan dengan anda sisipan akhbar tersebut. Yang pasti, ianya memang agak menarik dan kelakar untuk dibaca.

George Lewis: Jurgen Klopp menghancurkan hidup saya

“Sebagai penyokong Manchester United, Liverpool sentiasa menjadi watak jahat yang teramat, walaupun yang lain tu ada (Arsenal, Manchester City, John Terry), tetapi mereka (Liverpool) masih musuh yang utama. Saya rasa, sebabnya kerana kedua-dua pasukan tahu cara nak memanaskan hati antara mereka.

Dan, ya, Liverpol nampaknya sudah benar-benar sedang membuatkan Manchester United rasa sakit hati. Mereka berjaya menemui pengurus, yang bukan sahaja bermain bola sepak menarik, memenangi trofi, tetapi pada masa yang sama, amat sukar untuk kita membencinya.

Ianya seperti orang yang kamu benci di tempat kerja, berjaya mendapat teman wanita baru dan kamu cuba menyelongkar di Facebook untuk mendapatkan bukti bahawa gadis itu menjengkelkan.

Gadis itu pula seorang yang baik hati, kelakar, menarik (tetapi tidak mempersona sangat), popular, rendah diri, dan gadis itu ada sesuatu yang hebat (maksud saya ‘Hebat’), iaitu giginya (gadis itu, bukan Klopp).

Paling rimas, mereka berdua nampak bahagia bersama. Ya, Jurgen sangat cepat serasi. Ejen beliau pernah memberikan bayangan bahawa, beliau mungkin akan angkat kaki kerana tak tahan dengan cuaca (di Liverpool, cuaca mereka antara yang paling tak digemari orang luar).

Saya terpaksa mencari ramalan cuaca. Dan sekarang saya sentiasa menyaksikan rancangan ramalan cuaca sebelah malam, berdoa agar hujan. Setiap kali keluarnya matahari, hati saya lemas. Lelaki ini benar-benar merosakkan hidup saya.

Saya sentiasa mencari berita panas tentang pasukan mereka. Ketika Mohamed Salah dan Sadio Mane ada perselisihan ketika perlawanan menentang Burnley, saya mulai merasakan, adakah ini titik permulaan kepada pengakhiran semua ini? Jurgen pula hanya tergelak dengan semua itu, dan semuanya menjadi baik-baik sahaja. Sialan.

Dengan Liverpool, Klopp membina pasukan yang menjadi gambaran kepada personaliti beliau. Fergie pernah melakukannya ketika di Manchester United. Dan Jose Mourinho pernah melakukannya ketika di Chelsea. Namun apabila mereka berada di sebelah pihak seteru, ianya agak mudah untuk kita membenci mereka.”

“Klopp membentuk pasukan Liverpool yang seronok ditonton sama seperti orangnya.

Semua yang saya baca tentang beliau membuatkan saya semakin menyukai beliau. Nama tengah dia pun Nobert, indah bak syurga.”

“Dan beliau mengahwini gadis biasa, pekerja sosial. Minggu lalu, beliau berhenti di satu tempat dan memberikan sokongan kepada pasukan remaja wanita, pada ketika itu beliau sedang bersiar-siar dengan anjingnya.”

“Saya berani kata, anjing itu hidup sangat bahagia, lihat sahaja perutnya. Sekarang, saya menjadi cemburu dengan anjing itu, bagus!

Walaupun Brendan Rodgers, ada segala hak nak sakit hati kepada Klopp (kerana dipecat semata-mata untuk melantik Klopp), namun tidak pernah sekali pun Brendan mengeluarkan kata-kata kesat kepada Klopp.

Apabila Kloppp merampas 3 mata menerusi penalti kontroversi pada saat akhir di Anfield, Brendan malah memeluknya.

Ketika Klopp merampas jawatannya 3 tahun yang lalu, Brendan membenarkan Klopp tinggal sementara di rumahnya.

Jika Klopp mencuri kereta kamu, saya berani kata, kamu akan rela hati dan menerima bayaran insurans. Jika dia nak skandal dengan isteri kamu, entah-entah kamu akan suruh mereka pertimbangkan untuk mendapat anak.

Saya rasa semua ini tak boleh dielakkan, di bawah Klopp, Liverpool berterusan menang. Dan apa yang saya boleh lakukan sekarang, hanyalah merenung ke luar jendela, dan berharap hujan akan turun.”

via GIPHY