Gazetto Dello Sport melaporkan bek kanan Brazil, Dani Alves bersetuju untuk menyertai Manchester City.
Perjanjian tersebut masih lagi secara verbal kerana Manchester City mahu menunggu kontrak pemain tersebut tamat sepenuhnya di Turin.
Dani Alves dikatakan bersetuju dengan cadangan kontrak 2 tahun oleh Manchester City. Alves sudah bertemu dengan pihak pengurusan Juventus tentang hal itu.
Pep Guardiola nampaknya mahu bergabung semula dengan bek sisi beliau ketika menguruskan Barcelona satu ketika dahulu.
Dani Alves menjadi instrumen penting untuk Juventus mempertahankan Serie A musim ini.
Beliau juga menjadi antara pemain terbaik dalam kempen UCL musim ini. Juventus tewas di tangan Real Madrid pada perlawanan akhir UCL 2017/18.
Sebelum ini, City dikaitkan dengan pembelian £5 juta untuk Alves kerana takut ada pesaing lain mendapatkan Alves.
Namun kini mereka sudah boleh dikira menjadi pilihan Alves untuk pergi secara percuma. Buat masa ini, pihak Juventus dan Manchester City masih belum membuat sebarang kenyataan rasmi berkenaan hal ini.
Manchester City dikatakan menawarkan Alves gaji sehingga £85,000 seminggu berdasarkan beberapa klausa bonus. Ia adalah jumlah gaji yang sama dengan Nolito. Ketika di Barcelona, Alves menerima £100,000 seminggu.
Kini pihak media di seluruh dunia menunggu pengumuman rasmi dari pihak Juventus. Juventus antara kelab yang sangat terbuka dan cepat dalam berkongsi cerita perpindahan dan masa depan pemain mereka.