Dang Van Lam Dikaitkan Dengan Perpindahan Ke Hokkaido Consadole Sapporo

Dang Van Lam Vietnam Muangthong United

Penjaga gol nombor satu Vietnam, Dang Van Lam dilaporkan telah menarik minat kelab di J-League 1, Hokkaido Consadole Sapporo untuk musim 2020 yang akan bermula pada Januari depan.

Berdasarkan laporan Sports442, Hokkaido Consadole Sapporo baru sahaja mengumumkan pelantikan penterjemah Vietnam-Jepun yang akan ditugaskan untuk bersama pemain Vietnam.

Perkara ini telah menimbulkan khabar angin yang kelab tersebut bakal mengumumkan perpindahan masuk pemain daripada Vietnam dalam masa terdekat. Menurut sumber, ia adalah sama ada Dang Van Lam ataupun pemain tengah, Martin Lo.

Ketika ini, Martin Lo sedang menjalani sesi percubaan di sebuah kelab di J-League 2, menjadikan Dang Van Lam sebagai calon utama perpindahan ke juara J-League 2 pada musim 2016 itu.

Selain itu, penjaga gol kelab Muangthong United di Thai League 1 itu juga telah melalui musim pertamanya di kelab tersebut dengan cemerlang apabila telah berhasil membuat 30 penampilan.

Pemain kacukan Vietnam-Rusia itu juga dilaporkan telah berjaya membantu Muangthong United meraih mata penting di laman sendiri dan merupakan penjaga gol dengan gaji tertinggi.

Menurut laporan Vietnam.net, gajinya selepas menyertai The Kirins adalah sekitar US$11, 200 (RM45, 800) sebulan.

Dang Van Lam menyertai Muangthong United daripada Hai Phong FC dengan kontrak tiga tahun selepas kelab tersebut tertarik dengan aksinya membantu Vietnam di Piala AFF Suzuki 2018.

Vietnam muncul juara buat kali kedua Piala AFF selepas berjaya menewaskan Malaysia di pentas akhir dengan keputusan 3-2.

Oleh itu, ketika ini semua mata sedang tertumpu kepada Dang Van Lam, sama ada Hokkaido Consadole Sapporo akan menawarkan kontrak kepadanya ataupun ianya sekadar spekulasi semata-mata.

Kemasukkan penjaga gol berusia 26 tahun itu berkemungkinan akan menjadikannya sebagai pemain Vietnam pertama yang beraksi di J-League. Untuk rekod, Thailand sudah memiliki beberapa pemain yang beraksi di sana sepanjang musim lalu.

Dan yang menariknya, jika Dang Van Lam sah akan berkelana ke kelab tersebut, beliau akan menyertai seorang lagi pemain dari Asia Tenggara daripada Thailand iaitu Chanathip Songkrasin.

Hokkaido Consadole Sapporo telah menamatkan musim 2019 di kedudukan ke-10 liga dengan 46 mata, dibezakan hanya satu mata dengan tiga kelab iaitu Gamba Osaka, Vissel Kobe dan Oita Trinita.

Kredit Foto: Muangthong Unite

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN