Tiga Bintang Piala AFF Vietnam Bakal Berkelana Keluar Daripada V-League

Kejayaan layak sehingga ke peringkat suku akhir Piala Asia 2019 bukan sahaja memperbaiki kedudukan Vietnam dalam ranking FIFA, malah 3 pemain mereka turut dilamar kelab luar negara.

Salah seorangnya telah sah menyertai kelab baharu sementara baki dua lagi pemain tersebut masih di peringkat perbincangan akhir dan dijangka akan dimuktamadkan dalam masa terdekat ini.

Penjaga gol Naga Emas, Dang Van Lam telah diumumkan sebagai penjaga gol baharu kelab Thai League 1, Muangthong United FC dan dijangka bakal menjadi pilihan utama kelab tersebut.

Foto: Fox Sports Asia

Pada musim lalu, Prasit Padungchok merupakan penjaga gol utama pasukan dan dengan usianya yang semakin lanjut – 36 tahun, Muangthong terpaksa mencari pengganti yang sesuai.

Prestasi cemerlang Van Lam bersama skuad kebangsaan Vietnam sejak akhir-akhir ini telah memikat gergasi bola sepak Thailand itu untuk menyerahkan kepadanya jersi nombor 1 kelab tersebut.

Malah, Mungthong dan Van Lam telah bersetuju untuk bersama selepas penjaga gol nombor 1 Vietnam itu meninggalkan kelabnya, Hai Phong FC sebelum kejohanan Piala Asia 2019 berlangsung.

“Saya sangat gembira pada hari pertama saya di kelab besar ini – bukan sahaja di Thailand malah juga di Asia,” ujarnya kepada media yang dipetik daripada portal Fox Sports Asia.

“Muangthong miliki sejarah hebat dan juga pemain yang berkualiti. Saya akan buat yang terbaik bersama rakan-rakan sepasukan untuk menjadi juara liga pada musim ini,” tambahnya lagi.

Sementara itu, penyerang meningkat naik Vietnam, Nguyen Cong Phuong pula dikhabarkan semakin hampir untuk menyertai kelab Incheon United FC yang berpengkalan di Korea Selatan.

Pemain berusia 24 tahun itu ketika ini sedang ‘bercuti’ di Korea Selatan dan menurut laporan, perbincangan antara ‘Messi Vietnam’ itu bersama Incheon United sudah memasuki fasa akhir.

Segalanya akan diumumkan dalam masa terdekat dan dipercayai Cong Phuong akan bersama kelab tersebut secara pinjaman daripada kelab asalnya, Hoang Anh Gia Lai FC (HAGL).

Bukan itu sahaja, HAGL turut akan kehilangan seorang lagi pemain bintang iaitu pemain tengah, Xuan Truong yang bakal dipinjamkan kepada juara Thai League 1 musim lalu, Buriram United.

Ketiga-tiga pemain ini dijangka tiada masalah untuk menyesuaikan diri di luar negara kerana berdasarkan rekod, mereka bertiga pernah beraksi luar daripada Vietnam sebelum ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN