Ajax Amsterdam melaporkan bahawa pemain pertahanan, Daley Blind kini berada dalam keadaan baik selepas beliau rebah secara tiba-tiba pada perlawanan persahabatan pra-musim, awal pagi semalam.
Pemain berusia 30 tahun yang mempunyai masalah jantung itu rebah pada minit ke-80 ketika kelab Eredivisie tersebut menentang Herta Berlin di Amsterdam Arena.
Sehubungan kejadian tersebut, Ajax turut mengesahkan Blind akan menjalani satu ujian pemeriksaan lanjutan dan perlu menunggu keputusan ujian tersebut sebelum dapat kembali bersama pasukan.
”Daley Blind terpaksa meninggalkan padang semasa pertemuan Ajax menentang Hertha BSC,” kenyataan dikeluarkan Ajax menerusi laman Twitter kelab tersebut.
Update @BlindDaley ⤵️
Daley Blind viel gisteren tijdens Ajax – Hertha BSC uit. Hij voelt zich naar omstandigheden goed en was vanochtend op Sportcomplex de Toekomst. Hij wordt nader onderzocht en wacht de uitslagen van deze onderzoeken af voordat hij de training weer hervat. pic.twitter.com/bDViUO4gnZ
— AFC Ajax (@AFCAjax) August 26, 2020
”Pertahanan tengah itu berada dalam keadaan baik, dan petang ini dia berada di Sportpark de Toekomst [Pusat Latihan Ajax]. Dia akan menjalani ujian lanjutan dan harus menunggu keputusan ujian itu sebelum dapat kembali menyertai sesi latihan pasukan.”
Penghujung tahun lalu, Blind disahkan mengalami masalah jantung selepas beliau mengadu mengadu pening kepala ketika perlawanan Liga Juara-Juara Eropah bertemu Valencia pada Disember 2019.
Keadaan tersebut menyebabkan beliau terpaksa berehat selama dua bulan dan perkembangan terbaharu yang dialaminya itu mungkin memberikan gambaran jelas supaya Blind dapat bersara daripada kancah bola sepak.
Susulan pengesahan itu juga, sebuah alat bantuan, Implantable Cardioverter Defibrillator (ICD) terpaksa diletakkan di bahagian dadanya untuk memantau denyutan jantung dan mengesan degupan jantung yang tidak teratur.
Pengurus Ajax, Erik ten Hag mendedahkan ICD tersebut telah terpadam sewaktu Blind rebah pada perlawanan semalam.
Kredit featured image: Rico Brouwer/Soccrates/Getty Images
Baca artikel lain dari kami mengenai masalah kesihatan Blind: