Kedah Darul Aman (KDA) berkemungkinan besar akan mendapatkan seorang lagi penyerang import baharu mereka pada musim ini sebelum saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2023 bermula.
Ianya dikhabarkan sendiri menerusi pemilik baharu kelab tersebut, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar yang menyatakan pemain tersebut kini dalam proses untuk didaftarkan bersama pasukan.
Segalanya bermula selepas Dr Daud membalas satu komen daripada salah seorang penyokong yang mencadangkan agar KDA mendapatkan seorang lagi penyerang baharu bersama Willian Lira.
“Tambah striker import sorang lagi tan sri back up w.lira musim ni banyak game liga pasukan bertanding lebih dari sebelum ni.
“Ini hanya cadangan saja apa-apa pun kda fc selamanya,” jelas komen tersebut daripada pemilik akaun bernama Fikri Ikram di Facebook rasmi Dr Daud.
Menerusi perkhabaran tersebut, jelas ia merupakan satu signal positif ketika ini buat KDA dalam mendapatkan seorang lagi penyerang import musim 2023.
Untuk rekod, KDA ketika ini sudah pun mengesahkan Willian Lira sebagai penyerang import rasmi mereka, dan pemain tersebut jelas beraksi dengan sangat cemerlang sepanjang dua aksi persahabatan.
Dua gol diledak beliau semalam nyata memberi kegembiraan buat penyokong Sang Kenari, setelah ianya membantu KDA mencatat kemenangan di Stadium Darul Aman (SDA) untuk atasi Kelantan.
Malah, kelibat Lira juga dianggap persis penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Bergson da Silva dari segi kualiti penyudah dan ketenangan di hadapan gol.
Jaring 2 Gol Lawan Kelantan, Peminat Kedah Samakan Willian Lira Seperti Bergson?https://t.co/LVIg4CiuLx
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) January 21, 2023
Selain Lira, ketika ini KDA juga mempunyai seorang lagi penyerang import yang masih belum diketahui status beliau menyertai pasukan tersebut secara rasmi atau tidak iaitu Ebenezer Assifuah.
Menurut info, Assifuah masih lagi dalam proses pemerhatian kerana pemain tersebut masih baru pulih daripada kecederaan yang agak teruk serta tidak bertanding dalam mana-mana perlawanan kompetitif.
Walaupun tampil dengan rekod permainan yang agak mengujakan, musim lalu jelas menjadi titik hitam buat Assifuah selepas beliau dilanda kecederaan ketika beraksi dalam saingan divisyen kedua di Perancis.
Jika pasukan tersebut mendapatkan penyerang baharu, ada kemungkinan juga Assifuah akan digugurkan oleh KDA dengan tidak tersenarai selaku pemain mereka.
Bekas Penjaring Terbanyak Piala Dunia Remaja Bakal Sertai Kedah?https://t.co/SvsyahRrZD
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) January 6, 2023
Untuk saingan musim ini, KDA pastinya ingin kebangkitan kembali dicipta selepas mereka tampil dengan serba tidak menjadi pada tahun lalu dan mengecewakan ramai penyokong.