Dalam Perjalanan Ke Pulau Pinang, Haqimi Rosli Bakal Sertai Penang?

Kurang sebulan dari sekarang saingan Liga Malaysia akan membuka tirai dan ketika ini kesemua pasukan sedang dalan fasa terakhir mempersiap pasukan.

Tahun ini juga amat penting bagi kesemua pemain kerana mereka ingin merebut tempat dalam skuad kebangsaan agar terpilih ke Piala Asia 2023 nanti.

Sebab itu, pemain muda negara, Haqimi Rosli antara calon penyerang Harimau Malaya harus diberikan minit permainan lebih banyak.

Melalui satu siaran di Instagram miliknya, beliau ketika ini dalam perjalanan ke Pulau Pinang. Adakah Penang menjadi destinasi pilihan pemain muda ini?

Melihat skuad Penang tahun ini, begitu ramai pemain muda dan ini mungkin menarik minat pemain kelahiran Selangor ini.

Jika terus kekal bersama Kuala Lumpur  City (KL City), minit permainan pemain ini pasti akan berkurangan dek kerana skuad Ibu Kota telah mendapatkan beberapa pemain import di posisi tersebut.

Antaranya Herlison Caion dan Tchetche Kipre. Dua tonggak ini sudah pasti menjadi sandaran utama Bojan Hodak untuk memburu jaringan.

Oleh itu, mencari kelab lain yang boleh memberi tawaran minit permainan lebih banyak adalah pilihan terbaik buat dirinya jika berhasrat ingin terbang ke Qatar nanti.

Nama Haqimi mula menjadi bualan peminat selepas tampil aksi cemerlang bersama Harimau Malaya dalam kejohanan Piala AFF 2022.

Malah beliau turut berjaya meledak satu jaringan ketika menentang Laos dalam aksi peringkat kumpulan.

Seperti semua setia maklum, Malaysia amat kekurangan pemain berkualiti di bahagian penyerang dan disebabkan itu, ini adalah peluang terbaik beliau menyerahkan lagi bakatnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN