Dakyah Dunia Akan Tamat Jadi Sebab Sir Alex Bazir Masa 6 Tahun Cari Pengganti Schemeichel

Semua orang tahu Manchester United mempunyai masalah di posisi penjaga gol apabila Peter Schmeichel memutuskan untuk meninggalkan Old Trafford pada 1999.

Penjaga gol datang silih berganti, namun tidak seorang pun dari mereka mampu menepati kriteria yang diperlukan oleh Sir Alex, sehinggalah beliau menemukan Edwin van Der Sar pada 2005.

Antara penjaga gol yang pernah dipancing oleh Sir Alex untuk menjadi pengganti penjaga gol Denmark itu ialah Mark Bosnich, Massimo Taibi, Fabian Barthez, Roy Carroll, Ricardo, dan Tim Howard sebelum Van der Sar memutuskan untuk ke Old Trafford dari Fulham.

Itu bermakna Ferguson dan United memerlukan enam tahun, dan enam penjaga gol sebelum menemui pengganti Schemeichel.

Piala Dunia 1998

Sebenarnya pencarian untuk pengganti Schmeichel telah dilakukan oleh Ferguson dan United sejak setahun sebelum itu.

Malah Sir Alex percaya beliau telah menemui pengganti yang sesuai, iaitu penjaga gol antarabangsa Argentina, Carlos Roa.

Roa beraksi di Piala Dunia 1998, dan beraksi cemerlang menyelamatkan penalti untuk menyingkirkan England di kejohanan tersebut,

Ferguson berpendapat Carlos Roa adalah calon paling sesuai sebagai pengganti Schmeichel.

Roa tolak tawaran United

Namun demikian, harapan untuk Roa tiba di Old Trafford tidak pernah kesampaian. Dan bekas penjaga gol itu akhirnya membuka mulut mengenai sebab utama beliau menolak tawaran dari Manchester United

Roa yang pada ketika itu berusia 30 tahun adalah penganut Seventh-day Adventist, dan percaya dunia akan kiamat pada millennium. Roa bukan satu-satunya manusia yang percaya dunia akan kiamat pada 2000.

Kepercayaan tersebut ibarat satu dakyah yang telah mempengaruhi ramai penduduk bumi pada penghujung tahu 1999.

Pada ketika itu, Roa mendedahkan beliau meninggalkan bola sepak sepenuhnya kerana kepercayaannya itu, menyebabkan United terpaksa mencari penjaga gol lain.

Sir Alex menggunakan tujuh penjaga gol selepas itu, sehingga beliau menemukan Van Der Sar.

Dunia akan kiamat

Walaupun memiliki sedikit penyesalan mengenai keputusannya untuk tidak ke England, Roa tetap percaya beliau melakukan sesuatu yang betul dari segi kehidupan rohani.

“Pada ketika itu saya sangat mengikuti ajaran agama dan pengajian kitab. Ia adalah keputusan yang sukar namun masih mampu difikirkan. Keluarga saya juga bersetuju dengan saya,” dedah beliau kepada The Mirror.

“Ada perkara berlaku dan kita tidak akan dapat memahaminya kerana ia sangat peribadi, dan saya hanya boleh bercakap mengenainya dengan orang yang rapat sahaja.

“Banyak perkara telah diperkatakan pada ketika itu dan saya juga dinilai secara tidak betul.

“Mereka di kelab menjangkakan saya akan pergi dan mereka akan mendapat banyak wang hasil perpindahan tersebut.”

Carlos Roa adalah penjaga gol Real Mallorca pada ketika itu. Roa juga bersara dari bola sepak antarabangsa setahun selepas Piala Dunia 1998.

Penutup

Selepas pengalaman dengan Rao, Sir Alex nyata telah belajar dari kesilapannya. Menjelang persaraan Edwin Van der Sar, Sir Alex sudah pun meyakinkan David de Gea.

De Gea tiba di Old Trafford dari Atletico Madrid dan terus menjadi pengganti Van der Sar yang memilih alam persaraan pada 2011.

Penjaga gol dari Sepanyol itu adalah penjaga gol No.1 Manchester United sejak daripada itu.

Baca artikel lain mengenai Manchester United di sini:

3 Polisi Perpindahan Sir Alex Ferguson Sewaktu Di Manchester United

Kisah Bagaimana Barcelona (Cruyff’s Dream Team) Mengajar Sir Alex Ferguson Pada 1994

‘Ronaldo Baru’ Antara 5 Pembelian Terburuk Manchester United Selepas Era Alex Ferguson

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN