“Daku Keseorangan” – Sunyi Jadi Punca Bernardo Silva Pernah Minta Man City Jual Beliau

Bernardo Silva
Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Pemain Manchester City, Bernando Silva pernah mencipta kejutan apabila menjadi pemain yang bakal dijual oleh kelab tersebut sebelum ini.

Terdapat pelbagai spekulasi yang menyelubungi situasi itu kerana ketika ianya berlaku, Silva berada pada prestasi yang baik untuk pasukannya.

Namun setelah sekian lama, misteri itu telah pun terungkai dengan terdapat sebuah sebab yang menjadikan pemain Portugal itu untuk meninggalkan England.

Menurut Silva, beliau mengakui yang dirinya kesunyian kerana berjauhan daripada keluarganya.

“Ianya cukup sukar [berada di England] kerana saya berjauhan dengan keluarga saya.”

“Lazimnya saya akan pulang ke Portugal untuk beberapa hari untuk makan bersama-sama ibu bapa saya. Walaupun ia sekadar makan malam, tetapi saya lakukannya dengan ibu bapa saya.”

Menurut Silva, wabak Covid-19 menyukar beliau untuk kembali ke negaranya akibat sekatan perjalanan dan penutupan sempadan.

Situasi yang dialami beliau sama seperti majoriti kita semua apabila tidak dapat pulang ke kampung akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Disebabkan perkara itu, Silva tidak berasa dirinya mampu untuk memberikan yang terbaik buat pasukan City.

“Waktu itu bukannya baik, saya sendiri dalam apartment saya.”

“Kemudian teman wanita saya menemani saya. Waktu tersebut cukup sukar untuk semua orang, dan riak wajah suram jelas terpancar di muka rakan sepasukan saya.”

“Saya sendirian di England, apabila saya tidak gembira saya tidak boleh berikan yang terbaik dalam kerja saya.”

Silva kemudiannya bercakap kepada City mengenai situasinya dan menzahirkan kemahuan untuk lebih dekat dengan keluarganya.

Namun, semuanya berjaya diselesaikan dengan baik dan Silva terus setia bersama City dan memberikan yang terbaik buat pasukannya itu.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN