Saat Melaka United ‘Terkulai’, Kelibat Zainal Abidin Dilihat Bersama Kelab Liga M3 Di Piala FA 2022

Zainal Abidin Hassan Imigresen FC Liga M3 2022

Malam tadi, Melaka United ditundukkan pasukan yang dibarisi pemain tempatan, PJ City FC dalam aksi pertama Liga Super 2022 dan kelibat bekas pengendalinya, Zainal Abidin Hassan pula dilihat bersama kelab Liga M3.

Adakah Zainal Abidin sudah temui pasukan untuk dikemudi apabila dilepaskan Melaka United pada penghujung musim lalu? Kelibatnya dilihat bersama pasukan Imigresen FC di Stadium Negeri Pulau Pinang, sebentar tadi.

Petang tadi, Imigresen FC telah berkunjung ke Pulau Mutiara untuk aksi kelayakan Piala FA 2022 berdepan Bukit Tambun FC. Zainal Abidin dilihat bukan hanya berada di tepi padang, malah turut berada di bilik persalinan.

Begitupun, skuad Mighty Tigers telah kecundang 1-2 kepada Bukit Tambun dalam aksi kelayakan tersebut.

Perlawanan berlanjutan sehingga ke masa tambahan selepas kedua-duanya terikat dengan keputusan 1-1 di masa sebenar. Dan jaringan kemenangan yang dicari-cari akhirnya diperolehi Bukit Tambun di hujung aksi.

Ini menyaksikan wakil Pulau Pinang itu akan bertemu Penang FC di pusingan pertama Piala FA pada Jumaat.

Imigresen gagal mengatasi Bukit Tambun biarpun dibarisi pemain seperti Nasriq Baharum dan Halim Zainal.

Adakah Zainal Abidin sudah pun dilantik untuk menjadi pengendali Imigresen untuk saingan Liga M3?

Difahamkan menerusi posting sebelum itu di laman Facebook pasukan, Zainal Abidin merupakan penasihat pasukan dan disebabkan itu kelibatnya dilihat berada di Stadium Negeri Pulau Pinang dan turut dilihat telah membantu pengendali, Hamizar Hamzah ketika di bilik persalinan pasukan. Auranya tentu ditagih oleh mereka.

Zainal Abidin turut dilihat bersama-sama mengendalikan sesi latihan pasukan tersebut pada minggu lalu.

Begitupun, Imigresen masih gagal untuk mara lebih jauh ke pusingan pertama Piala FA biarpun telah menerima sentuhan aura jurulatih yang pernah mengendalikan pasukan-pasukan besar di saingan Liga Malaysia (Liga M).

Dalam pada itu, bekas pasukannya, Melaka United memulakan langkah kiri dalam saingan Liga Super 2022 bersama pengendali baharu, Risto Vidakovic apabila tunduk 0-1 kepada PJ City hasil jaringan S. Kumaahran. Ini merupakan kekalahan pertama Melaka United kepada PJ City dalam semua pertandingan sehingga kini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN