‘Dah Macam Klopp’ – Peminat Terkejut Dengar Alasan Tak Masuk Akal Pep Selepas Tewas Di Tangan Spurs

Para peminat terkejut ketika mendengar alasan Pep Guardiola tentang bagaimana mereka boleh tewas di tangan Tottenham Hotspur dalam aksi saingan Premier League awal pagi tadi.

Manchester City tewas 0-1 di tangan Tottenham Hotspur seterusnya menyukarkan lagi untuk mereka bersaing dalam merebut gelaran Premier League musim ini.

Harry Kane cemerlang menjaringkan satu-satunya gol dalam perlawanan tersebut, seterusnya membantu Spurs mengutip tiga mata penuh bertemu juara bertahan saingan liga bola sepak Inggeris itu.

Gol jaringan Kane itu juga sebenarnya membantu beliau untuk mencipta sejarah baru sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Spurs, mengatasi rekod Jimmy Greaves yang pernah meledak 266 gol untuk kelab dari London itu.

Hasil kesilapan dari Rodri, Pierre Emile Hojbjerg cemerlang memenangi bola, seterusnya mencatatkan assists untuk gol yang dijaringkan oleh Harry Kane.

City sebenarnya sudah lima kali beraksi di Tottenham Hotspur Stadium dengan mereka tewas dari semua perlawanan tersebut dan turut gagal untuk menjaringkan sebarang gol.

Kekalahan bertemu Spurs juga sebenarnya merupakan kekalahan ketiga Man City di halaman lawan secara berturut-turut.

Lebih menyedihkan lagi, City gagal memanfaatkan kesempatan untuk merapatkan lagi jurang mata dengan Arsenal selepas skuad kendalian Mikel Arteta itu tewas di tangan Everton kemarin.

Ia merupakan hari yang mahu segera dilupakan oleh skuad Man City, dengan segala hal tidak memihak kepada mereka dalam perlawanan tersebut.

Walau bagaimanapun, peminat lebih terkejut ketika mendengar alasan Pep Guardiola tentang mengapa skuadnya boleh tewas di tangan Spurs dalam perlawanan pada awal pagi tadi.

Pep menyatakan yang skuadnya mengalami kepenatan yang teramat sangat selepas mengharungi perjalanan dari bandar Manchester ke London untuk perlawanan bertemu Spurs.

“Datang dari Manchester ke London, ia seolah-olah berjalan ke utara Eropah.”

Jelas Pep Guardiola.

“Ia perjalanan 4 jam, 20 minit. 4 jam setengah untuk sampai ke hotel. Ia sangat memenatkan, saya minta maaf. Saya minta maaf.”

Mendengar alasan aneh dari Pep Guardiola itu, para peminat di media sosial dengan segera menyamakan beliau dengan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.

Sahabat Pep, Jurgen Klopp sememangnya antara pengurus yang terkenal dengan 1001 alasan seandainya skuad beliau tewas dalam mana-mana perlawanan.

Alasan-alasan yang sering Klopp berikan juga kebiasaannya tak masuk akal dan kerana itulah beliau sering dihentam oleh para peminat di media sosial.

Kini Pep pula menjadi mangsa serangan peminat selepas beliau memberi alasan tak masuk akal ketika tewas di tangan Tottenham Hotspur.

“Alasan yang sangat menyedihkan. Kita ada sembilan hari dan mereka berjalan menaikki kenderaan kelas pertama.”

“Sejak bila dia berubah menjadi Jurgen Klopp?”

“Dah macam Klopp, bagi alasan yang tak masuk akal dan saya bingung kenapa dia boleh terfikir untuk menyatakan hal tersebut.”

“Bayangkan mereka bermain dalam saingan MLS, perjalanan ke tempat lawan akan memusnahkan mereka.”

Manchester City selepas ini akan turun beraksi bertemu Aston Villa di Etihad dan jelas sekali mereka terdesak mahu mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan tersebut.

Selepas aksi bertemu Villa, Manchester City bakal turun beraksi bertemu pendahulu saingan liga, Arsenal dan ia kesempatan buat skuad kendalian Pep Guardiola itu bagi mencuri tiga mata penuh dan terus beri saingan untuk memenangi gelaran liga musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN