Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah situasi para penyokong Manchester City hari ini selepas mereka dilanda musibah berganda.
Selepas tewas di tangan Tottenham Hotspur malam semalam, kem Manchester City hari ini ditampar dengan berita terbaru yang mereka sedang disiasat kerana melakukan penipuan dan melanggar peraturan Financial Fair Play (FFP).
The Citizens kini sedang berdepan pertuduhan melanggar peraturan FFP dengan mereka dikatakan telah melakukan 100 kesalahan yang dilakukan sejak 2009 dahulu.
🛑 Premier League statement confirms “Manchester City have been charged with numerous breaches of financial rules ”.@martynziegler now reports that “Man City will not be able to appeal any sanction to the Court of Arbitration for Sport, the one which overturned the UEFA ban. pic.twitter.com/fsRtpQKSI8
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) February 6, 2023
Hal tersebut telah didedahkan oleh Martyn Ziegler dari The Times secara terbuka di media sosial kepada peminat.
Man City dikatakan telah melakukan terlalu banyak kesalahan berkait peraturan FFP dan yang paling banyak adalah melibatkan urusan perpindahan pemain dan laporan kewangan yang tidak tepat.
Juara bertahan saingan Premier League itu kini telah disiasat sendiri oleh Premier League dan mereka jelas sekali sedang berada dalam masalah.
Jika didapati bersalah, Manchester City bakal berdepan hukuman berat berdasarkan tahap kesalahan yang telah disabitkan kepada mereka.
BREAKING: Man City charged by Premier Leaue with numerous breaches of financial rules following a four-year investigation.
This is unprecedented: pic.twitter.com/ZGzdX210qP— Martyn Ziegler (@martynziegler) February 6, 2023
The Citizens berpotensi untuk diharamkan dari beraksi dalam saingan Champions League, tidak boleh mendaftarkan pemain baru dan lebih teruk lagi, mereka turut berpotensi untuk berdepan hukuman pemotongan mata.
Lebih malang untuk skuad kendalian Pep Guardiola itu, mereka sebenarnya turut berpotensi untuk berdepan penyingkiran liga dan beraksi dalam saingan liga bawahan.
Namun begitu, memandangkan Man City sebenarnya sudah beberapa kali berjaya mengelak dari dihukum, jelas sekali hal ini tidak begitu membimbangkan para peminat.
City sebelum ini pernah didapati bersalah dan mereka turut dihukum dengan hukuman larangan beraksi di pentas saingan Champions League selama dua musim dan mereka turut dilarang mendaftarkan pemain baru.
Manchester City have been charged by the Premier League for breaking multiple Financial Fair Play rules. pic.twitter.com/eGlnxN75ey
— ESPN FC (@ESPNFC) February 6, 2023
Ia kerana The Citizens dikatakan telah memalsukan nilai tajaan dan nama penaja mereka dan ia merupakan kesalahan besar dalam peraturan FFP.
Walau bagaimanapun, juara saingan Premier League musim lalu itu berjaya memenangi kes di mahkamah CAS dan mengelak dari berdepan semua hukuman tersebut.
Sudah tentu para penyokong Manchester City akan sangat berharap yang mereka akan sekali lagi berjaya mengelak dari dihukum dan dinyatakan tidak bersalah.
This could get interesting for Manchester City. 😳 pic.twitter.com/bA5HID52k5
— 90min (@90min_Football) February 6, 2023
Adakah Man City akan sekali lagi terselamat? Atau mereka bakal berdepan hukuman berat? Bincangkan diruangan komen.