Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mempersoalkan keputusan pengadil memberikan kad merah kepada David Luiz yang menjadi punca utama kepada kekelahan 2-1 kepada Wolverhampton Wanderers.
Pengurus berusia 38 tahun itu mengatakan pihaknya akan membuat rayuan untuk membatalkan keputusan tersebut kerana tidak melihat pemain pertahanannya itu tidak melakukan sebarang sentuhan terhadap penyerang Wolvers Willian Jose.
Semakan VAR mendapati terdapat sentuhan minimum dan meyakinkan pengadul Craig Pawson untuk mengekalkan keputusannya. Kad merah yang diterima David Luiz itu merupakan yang ketiga sejak pemain kebangsaan Brazil itu menyertai Arsenal.
David Luiz has conceded 6 penalties in 43 games for Arsenal which makes that a penalty per 7.2 games and a red card every 15 games.
You can take the man out of Chelsea, but you can't take Chelsea out of the man. pic.twitter.com/MFT1Zg62aG
— FootballFunnys (@FootballFunnnys) February 2, 2021
Ruben Neves kemudian cemerlang menterjemahkan sepakan penalti tersebut sebelum tamat babak pertama untuk menyamakan kedudukan selepas Nicolas Pepe terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-32.
Joao Moutinho kemudian meledak gol kemenangan pasukannya pada babak kedua dan diikuti oleh kad merah kedua Arsenal selepas penjaga gol Bernd Leno dikesan menyentuh bola dengan tangannya di luar kotak penalti.
“Pasukan kami berada pada prestasi terbaik dalam perlawanan ini, sepatutnya kami boleh menjaringkan tiga atau empat gol sebelum kejadian melibatkan David Luiz yang terus merubah perlawanan,” ujar Arteta yang ditemubual selepas perlawanan.
“Saya telah menonton ulang tanya sebanyak 10 kali daripada beberapa sudut yang berbeza dan saya tak tahu di mana sentuhan yang berlaku. Jika ada 50 sudut yang berbeza untuk saya tonton, boleh berikan pada saya.
https://twitter.com/PurelyFootball/status/1356747727703576580?s=20
“Walaupun kekurangan pemain, pasukan ini masih mencuba, mereka [pemain] masih percaya mampu memenangi perlawanan. Walaupun kami bermain dengan baik, tetapi pasukan lawan berjaya menjaringkan dua gol dan kami pula mendapatkan dua kad merah dalam satu perlawanan.
“Saya tidak mahu kata apa-apa mengenai kad merah kedua. Diharapkan semua pemain dapat bangkit untuk perlawanan seterusnya.”
Kekalahan tersebut mengakhiri rekod tujuh perlawanan tanpa kalah Arsenal dalam saingan EPL. Untuk perlawanan seterusnya, The Gunners dijadualkan bertemu Aston Villa pada Sabtu ini.
Kredit Foto: Getty Images
Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai David Luiz dan Arsenal: