‘Cuti Menang Bola’ – Antara Polisi Populis Politikus & Kepentingan Sosioekonomi

Cuti Menang Bola

Polemik cuti mengejut baru-baru ni sebenarnya mendedahkan banyak benda dalam masyarakat.

Pertama, peningkatan populariti polisi populis oleh ahli politik. Dasar awam tidak lagi diputuskan berdasarkan pertimbangan data, impak dan keperluan, tapi berapa banyak undi kita boleh dapat. Cuti mengejut diberi sebab rakyat suka, tak kira berapa kos kepada sosioekonomi.

Orang yang kritik cuti mengejut ini pula kena hentam di media sosial. Samalah seperti pengeluaran RM10,000 Kumpulan Wang Simpanan Persaraan (KWSP) tanpa syarat – kita marah bila kerajaan tak nak bagi, tapi kita juga yang bising bila kecoh isu rakyat tak cukup simpanan hari tua.

‘Budaya Lapuk & Menyusahkan’ – Kerajaan Perlu Berhenti Umum Cuti Bila Menang Bola

Kedua, betapa kita tak sedar bahawa dunia ni jauh lebih besar daripada kita. Banyak benda yang kita tak nampak tapi sebenarnya yang menentukan perjalanan hidup seharian kita.

Government bonds issuance/maturity, trade settlement, cost of overnight rate, how integral banking systems are to our daily life etc.

Contohnya antara teori kenapa harga barang naik sekarang ialah kesan jangka masa panjang daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berpanjangan – iaitu apabila berlaku masalah rantaian bekalan.

Bila tak banyak pemain dalam rantaian bekalan, maka pemain yang tinggal ni – biasanya taikun-taikun besar yang mampu bertahan – akan kawal (naikkan) harga perkhidmatan mereka – mengikut asas ekonomi: bekalan rendah, harga tinggi.

Kalau ingat balik, dulu ramai kecam bila kerajaan buka balik ekonomi walaupun kes masih tinggi. Dikata kerajaan pentingkan poket taikun-taikun, pentingkan ekonomi, tak pentingkan kesihatan rakyat. Ahli politik pun ada yang minta buat lagi proper lockdown macam Mac 2020 dulu walaupun kita dah PKP 18 bulan.

Sekarang nampak tak apa kesan kepada kita bila PKP dibuat terlalu lama?

Sebagai perbandingan, Australia tutup ekonomi dan sempadan negara mereka, kemudian buat perintah berkurung sehingga bulan September 2021, tapi kes tetap tak turun-turun.

Akhirnya mereka mengaku strategi sifar Covid dah tak boleh diteruskan lewat varian Delta yang mengganas. Ekonomi dan sempadan akhirnya dibuka semula, dan lockdown takkan dibuat walaupun dengan kemunculan varian Omicron.

Ketiga, adakah ini kelemahan demokrasi? Bila kita meletakkan keputusan memilih pemimpin dan pembuat dasar ke tangan semua orang yang tiada kepakaran menilai yang mana kaca yang mana permata?

Akhirnya yang menang pilihanraya ialah mereka yang pandai mengawal sentimen umum dan membina persepsi, biarpun tak pandai polisi awam.

Mungkin betul ini kelemahan demokrasi, tapi alternatif kepada demokrasi ialah apa? Adakah alternatifnya lebih baik, atau lebih buruk? Aku percaya sistem lain lebih banyak buruk berbanding baik.

Maka, di masa hadapan untuk menampung kelemahan sistem demokrasi ialah pendidikan, pendidikan, dan pendidikan.

Rakyat perlu lebih berpengetahuan dalam aspek polisi dan memahami apa hak mereka, apa bukan hak mereka dan apa yang baik atau buruk untuk negara.

IT’S NOT ALL ABOUT YOU.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN