Satu insiden menarik berlaku ketika aksi English Championship diantara Huddersfield dan Sheffield Wednesday apabila pemain Huddersfield telah ‘mencuri’ nota taktikal dari pemain Sheffield Wednesday.
Pemain Huddersfield iaitu Ross Wallace telah ‘mencuri’ nota taktikal pihak lawan apabila pemain Sheffield Wednesday iaitu Elias Kachunga yang sedang membaca nota tersebut hasil pemberian rakannya yang baru masuk sebagai pemain gantian.
Walaupun ‘mencuri’ nota taktikal tersebut. Huddersfield tetap tidak mampu untuk menewaskan Sheffield Wednesday apabila mereka tewas 1-0 hasil jaringan Fernando Forestieri.
https://www.youtube.com/watch?v=IR7GcrEz3Dk
Baca juga: Berang Dengan Pemilik Kelab, Penyokong Charlton Athletic Baling Patung Babi Ke Padang