Dikeluarkan Dari Skuad Utama, Didier Drogba ‘Merajuk’ Dengan Montreal Impact

Didier Drogba merupakan pemain yang sentiasa menjadi pujaan tidak kira di mana beliau bermain.

Di Chelsea beliau dianggap seperti raja, begitu juga ketika ini beliau di kelab Major League Soccer iaitu Montreal Impact.

Walaupun dianggap wira oleh penyokong-penyokong Montreal Impact. Droga masih seorang pemain yang perlu patuh atas arahan jurulatih beliau.

Tak mahu main untuk pasukan

Menjelang perlawanan menentang Toronto FC yang merupakan musuh tradisi mereka. Semestinya khidmat Drogba ditagih oleh pasukannya.

Namun begitu, mereka terpaksa mensisihkan Drogba dari skuad kerana beliau mengalami kecederaan belakang.

Bagi jurulatih Montreal Impact iaitu Mauro Biello (gambar bawah), beliau merasakan Drogba cergas untuk bermain namun beliau perlu bermula dari bangku simpanan.

web-biello-raw

Bagaimana pun keputusan itu membuatkan Drogba tidak puas hati. Beliau tetap mahu dimasukkan sebagai kesebelasan utama.

Namun kemahuan Drogba itu tidak sama dengan apa yang difikirkan oleh Biello. Biello memikirkan apa yang terbaik untuk pasukan dan diri Drogba sendiri.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kelab, Drogba tidak diturunkan dalam perlawanan tersebut atas faktor kecederaan.

Namun Biello sendiri mengesahkan bahawa Drogba sendiri yang tidak mahu beraksi kerana terpaksa bermula dari bangku simpanan.

“Ya Drogba memang ada sedikit kecederaan di belakangnya. Namun sebenarnya dia yang tak nak main.”

“Saya cakap dekat Drogba yang dia perlu bermula sebagai pemain simpanan. Namun dia tidak boleh terima hakikat yang dia terpaksa bermula dari bangku simpanan. Terus dia katakan kepada saya dia tak nak main langsung.”

Biello ternyata kesal dengan sikap Drogba kerana seolah-olah tidak mahu menyokong pasukan.

“Semua orang berusaha keras di padang latihan agar mereka dipilih untuk beraksi pada hari perlawanan. Sama ada mereka terpilih atau pun tidak, mereka perlu ada untuk pasukan mereka sebagai tanda sokongan.”

Masih mengharap magis

Bagaimana pun, perlawanan antara Montreal Impact dan Toronto FC itu sudah berakhir dengan keputusan seri 2-2.

Hasil dari keputusan seri itu, Montreal Impact berjaya menempah tempat ke play-off untuk MLS Cup yang akan berlangsung selepas liga berakhir.

Bagi penjaga gol Montreal Impact, Evan Bush beliau berharap agar Drogba masih mampu memberikan sumbangan kepada pasukan.

didier-drogba-mls-montreaal-impact-04152016_1e8wwxh8by6sa1aj674s1hm0s1

 

“Drogba seorang rakan sepasukan yang baik. Untuk kata kami akan jadi lebih baik tanpanya adalah perkara yang tidak benar.”

“Apa yang terjadi antara Drogba dan Biello biar mereka sahaja yang tahu. Bagi kami, kami mahu teruskan perjuangan kami.”

Bagi Patrice Bernier yang merupakan kapten Montreal Impact. Mereka sedang mengalami situasi yang bercampur-campur.

“Perasaan ini lain macam. Topik utama adalah mengenai Didier Drogba, tetapi dalam masa yang sama kami layak ke play-off MLS Cup.”

“Apa-apa pun yang terjadi, pasukan mesti dijadikan keutamaan oleh semua.”

Baca juga: Andrea Pirlo: Pemain MLS Banyak Berlari Tapi Tak Pandai Guna Bola

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN