Cubaan Tiru Aksi Christope Gamel, Jurulatih Sepanyol Ini Dilayangkan Kad Merah Kerana Hentikan ‘Counter Attack’ Lawan

Satu aksi luar biasa berlaku di divisyen bawahan Liga Sepanyol apabila seorang pembantu jurulatih masuk ke dalam padang ketika perlawanan sedang berlangsung untuk menghentikan serangan balas pasukan lawan.

Perlawanan yang berlangsung di Madrid di antara dua kelab tempatan, Villanueva del Pardillo menentang Colmenar Viejo pada ketika itu sedang terikat 1-1, dan pasukan tuan rumah gagal memanfaatkan peluang daripada sepakan sudut pada babak akhir perlawanan.

Penjaga gol lawan kemudiannya dengan pantas memulakan kembali perlawanan untuk melancarkan serangan balas.

Villanueva del Pardillo jelas tidak bersedia untuk berhadapan situasi tersebut, dan ia boleh mengundang padah tatkala pemain Colmenar Viejo bersedia untuk memanfaatkan ruang yang ditinggalkan di bahagian pertahanan.

Serangan balas tersebut bagaimana pun secara tiba-tiba dipatahkan secara luar biasa oleh pembantu jurulatih pasukan tuan rumah yang memintas hantaran.

Tindakan tersebut mungkin didorong oleh perasaan panik pembantu jurulatih itu yang melihat situasi pasukannya terdedah untuk dibolosi.

Cubaan tiru aksi Christope Gamel?

Sebenarnya apa yang berlaku di Liga Sepanyol ini juga mirip apa yang berlaku dalam perlawanan Liga Super di antara Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menentang Sri Pahang FC baru-baru ini.

Kejadian tersebut berlaku pada minit ke-90 perlawanan ketika pertemuan kedua-dua pasukan memasuki masa kecederaan, dan Sri Pahang FC ketinggalan 0-1.

Seperti dalam perlawanan di Liga Sepanyol itu, Sri Pahang memperolehi sepakan sudut di babak akhir perlawanan – menyaksikan penjaga gol pasukan pelawat, Mamadou Samassa turut naik ke atas untuk mencuba nasib.

Malangnya Sri Pahang gagal memanfaatkan sepakan sudut tersebut dan situasi itu menyebabkan gawang Sri Pahang terbuka luas tanpa sebarang perlindungan dan berisiko dibocori melalui serangan balas pasukan tuan rumah.

Mungkin terlampau panik akan situasi tersebut, ketua jurulatih Sri Pahang, Christophe Gamel yang pada mulanya berada di kawasan tepi padang untuk memberikan arahan kepada anak buahnya kelihatan panik.

Mungkin tanpa disedarinya, Gamel kemudiannya berlari masuk ke dalam kawasan padang dan seolah-olah cuba menghalang serangan balas yang dilakukan oleh pemain Kedah.

Usaha beliau bagaimana pun gagal menyekat pemain Kedah yang lebih pantas. Mujurlah serangan balas itu juga tidak menjadi apabila bola sepakan pemain Kedah sekadar bergolek sipi di tepi gawang yang sudah terbuka luas.

Pengakhiran berbeza

Insiden yang berlaku di Madrid itu menyebabkan ketegangan sehingga berlaku tolak menolak dan pembantu jurulatih Villanueva del Pardillo dilayangkan kad merah oleh pengadil atas tindakannya itu.

Berbeza dengan apa yang berlaku di Madrid, tiada tindakan kad merah diberikan kepada Gamel.

KDA FC juga mungkin tidak kisah dengan apa yang berlaku kerana menang perlawanan tersebut – yang turut diselubungi kontroversi membabitkan pengadil apabila dua gol yang dijaringkan oleh Sri Pahang FC dibatalkan.

Colmenar Viejo pula jelas tidak berpuas hati berdasarkan ciapan yang dilakukan di media sosial kelab itu – walaupun pembantu jurulatih tuan rumah telah dihukum dengan layangan kad merah.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN