Cubaan Perpindahan Saddil Ramdani Ke Liga Serbia Sebenarnya Satu ‘Konspirasi Jahat’ Kelab Indonesia?

Cubaan untuk memancing pemain Sabah FC, Saddil Ramdani ke kelab Liga Serbia,  FK Novi Pazar dikhabarkan merupakan satu konspirasi ‘berniat jahat’ salah sebuah kelab dari Indonesia.

Perkara itu dilaporkan sendiri oleh beberapa media di Indonesia yang memetik pendedahan Ketua Jurulatih The Rhinos, Datuk Ong Kim Swee kepada salah sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.

Sebelum ini dikatakan menarik minat kelah Liga Serbia, FK Novi Pazar. Isu mulai timbul apabila pengurus kelab Serbia itu mahu mendatangkan pemain itu secara percuma – walaupun menyedari Saddil memiliki kontrak bersama Sabah FC sehingga November 2022.

Pelbagai helah

Berikutan itu, pelbagai helah dan tohmahan telah dilempar kepada Sabah FC selepas permintaan FK Novi Pazar ditolak. Malah kelab Liga Super Malaysia (MSL) itu dituduh oleh segelintir penyokong bola sepak di Indonesia cuba merencatkan karier pemain sayap itu.

Ejen kepada Saddil, Alexander Talpes pernah mendedahkan Sabah FC menuntut yuran perpindahan berjumlah €300,000 (RM1.4 juta) daripada FK Novi Pazar jika benar mahukan khidmat pemain berusia 23 tahun itu.

Permintaan tersebut boleh difahami kerana pemain tersebut masih lagi mempunyai kontrak dan mengambil kira kekangan dan kos yang perlu dihadapi Sabah FC untuk mendapatkan pengganti.

Kelab Serbia itu bagaimana pun enggan membayar jumlah tersebut kerana berpendapat pemain itu boleh didapatkan secara percuma.

Malah Sabah FC pula yang dituduh melanggar kontrak kerana tidak melepaskan Saddil. Ia berikutan dakwaan kontrak pemain itu dengan Sabah FC mempunyai klausa untuk dilepaskan sekiranya mendapat tawaran dari Jepun, Korea Selatan atau pun Eropah.

Penjelasan Kim Swee

Beberapa hari yang lalu, Ong Kim Swee mendedahkan perpindahan tersebut sebenarnya adalah konspirasi dari kelab Indonesia untuk mendapatkan khidmat Saddil secara percuma. Bekas pengarah teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu juga menafikan Sabah FC merosakkan karier Saddil.

“Saya tahu agenda mereka. Jika kami melepaskan pemain [Saddil] pada hari ini, saya yakin 100% dia hanya bertahan sebulan di sana. Kemudian kelab Indonesia lainnya boleh mengambil pemain ini secara percuma,” kata Ong Kim Swee seperti dikutip daripada New Straits Times.

“Ada perkara besar yang bermain [berlaku] di sini. Ada yang menyalahkan kami, tetapi tidak mengetahui cerita sebenarnya. Mendapat tawaran bermain di luar adalah sesuatu [tawaran] yang besar, jika pemain ingin pergi maka saya boleh mengaturnya.”

Ong Kim Swee juga menjelaskan, Sabah FC sama sekali tidak berniat membunuh karier Saddil Ramdani kerana menghalang perpindahan tersebut. Bahkan, Sabah berusaha memberikan yang terbaik untuk karier Saddil.

“Kami tidak membunuh kariernya di sini. Namun, kami mencari yang terbaik untuknya,” ucap Ong Kim Swee.

“Ketika dia cedera akhir musim lalu, kami mengirimnya ke Kuala Lumpur untuk perawatan. Kemudian menindaklanjuti dan saat dia kembali ke Indonesia, semua biaya ditanggung klub,” jelas Ong Kim Swee.

Isu perpindahan Saddil kini dianggap selesai dan pemain itu kini sedang memberi fokus bersama Sabah FC dalam latihan pra musim untuk menghadapi saingan musim baharu.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN