Crystal Palace Persiakan Peluang Tewaskan Manchester City, Jesus Dan De Bruyne Cedera

Ederson Moraes menyelamatkan penalti Luka Milivojevic pada masa kecederaan untuk memastikan Manchester City mengekalkan rekod tanpa kalah mereka di dalam EPL.

Kredit pastinya untuk Crystal Palace yang menjadi pasukan pertama mengutip mata menentang City selepas 18 perlawanan. Mengakhiri rekod 18 kemenangan berturut-turut Manchester City.

City gagal untuk menyamaai rekod 19 kemenangan berturut-turut yang dicatatkan oleh Bayern Munich pada 2013/14. Skuad Pep Guardiola sangat dominan dalam perlawanan ini seperti yang sudah dijangka.

Wilfred Zaha dan penjaga gol Crystal Palace, Wayne Hennesey antara pemain yang menyerlah dalam perlawanan semalam. Wilfred Zaha yang kembali menemui prestasi terbaik beliau selepas bergelut dengan kecergasan sebelum ini.

Zaha mungkin akan menjadi sasaran pasukan besar sekali lagi selepas ini. Keputusan ini meletakkan Manchester City 14 mata di atas pasukan di tangga ke-2 Chelsea.

Manakala Crystal Palace pula berada di tangga ke-17, hanya 1 mata dibezakan dengan zon penyingkiran.

Manchester City juga menyaksikan 2 pemain utama mereka mengalami kecederaan iaitu Gabriel Jesus dan Kevin De Bruyne.

Dengan jendela perpindahan Januari sudah dibuka, Roy Hodgson kini boleh menguatkan pasukan beliau dengan beberapa pembelian pemain untuk menguatkan pasukan beliau.

Hodgson pastinya menggelengkan kepala dengan prestasi penyerang mahal mereka, Christian Benteke yang agak terumbang ambing prestasi beliau musim ini.

CityPalace from Ahmad Muzammil on Vimeo.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN