Cristiano Ronaldo melaungkan keyakinan bahawa beliau akan membantu Juventus menjuarai UCL. Sekaligus mengakhiri kemarau 23 tahun kejuaraan UCL pasukan tersebut.
Kali terakhir Juventus menjuarai trofi perdana kelab Eropah itu adalah pada 1996. Dan selepas itu Juventus masih gagal mengakhiri penantian mereka. Mereka telah menjadi naib juara dalam beberapa edisi.
Juvetus tewas 5 kali dalam final – sejak daripada kejuaraan terakhir itu. Yang terakhir adalah pada 2017 di mana Juventus tewas 1-4 di tangan Real Madrid – yang ketika itu diwakili Cristiano Ronaldo.
Dan setahun selepas itu, Cristiano Ronaldo menyertai Juventus dengan perpindahan bernilai
£99.2 juta.
Sepanjang kariernya, Juventus telah memenangi UCL bersama kelab England, dan Sepanyol. 5 UCL secara keseluruhannya dimenangi oleh Cristiano Ronaldo.
Jika beliau memenanangi 1 lagi UCL, Ronaldo akan sebaris dengan Francisco Gento – memenangi UCL sebanyak 6 kali.
He did it in England.
He did it in Spain.Now, for Italy. pic.twitter.com/TFz9l8vCFB
— B/R Football (@brfootball) July 10, 2018
Kini beliau bertekad untuk memenanginya bersama dengan gergasi Itali. Musim debut Ronaldo bersama Juventus menyaksikan beliau hanya mampu membantu pasukan itu sampai ke suku akhir.
Bercakap kepada wartawan, Ronaldo berkata: “Selepas memenanginya di Madrid, saya perlukan motivasi yang baharu. Saya masih ada kekuatan untuk terus memenanginya [UCL].”
“Saya tidak pasti sama ada musim ini atapun musim hadapan tetapi ianya sedang datang ke sini.”
Selain itu, Maurizio Sarri juga tidak pernah menjulang UCL ataupun sebarang trofi ketika di Itali. Sarri memenangi UEL bersama Chelsea musim lalu.
Juventus sentiasa diletakkan sebagai calon pilihan juara kerana kualiti skuad yang mereka ada. Kali ini mereka menambah beberapa nama besar lagi dalam pasukan termasuk Aaron Ramsey, Adrien Rabiot dan Matthijs de Ligt.
They’re trending upward after their summer business 📈 | @stighefootball https://t.co/805ayW4nkx pic.twitter.com/rBG4reMasU
— B/R Football (@brfootball) July 29, 2019
Juventus sudah terlalu unggul di peringkat domestik – selepas era kebangkitan daripada Calciopoli. Mereka kini mengidam trofi UCL sebagai pelengkap kepada era gemilang itu.