Pemain sayap Selangor, Khyril Muhymeen Zambri, sebelum ini cemerlang membantu Selangor melepasi cabaran pasukan Perak. Sehinggakan B. Sathianathan menyamakan pemain tersebut dengan Cristiano Ronaldo.
B. Sathianathan Sentiasa Anggap Khyril Muhymeen Persis Cristiano Ronaldo – https://t.co/K1dAH2s4tK pic.twitter.com/tXogntGapE
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) September 30, 2019
Ini kerana pemain itu memiliki kepantasan dan disifatkan Sathia sebagai pemain yang sangat mudah menewaskan lawan beliau dengan skil yang ada.
Menjelang aksi menentang JDT dalam separuh akhir pertama Piala Malaysia pada malam ini, pemain itu bertekad mahu merobek gawang JDT di Larkin – sekali lagi.
Sebelum ini Khyril pernah menjaringkan gol ke atas JDT di Larkin dalam saingan Liga Super. Ia menjadi pembakar semangat kepada beliau.
Bercakap kepada Stadium Astro, Khyril berkata: “Kami perlu mencari gol di tempat lawan dalam saingan separuh akhir malam ini. Saya pernah menjaringkan gol di Larkin sebelum ini dan ia adalah motivasi buat saya untuk sekali lagi melakukannya malam ini,” katanya.
Khyril sedar bahawa beliau akan berhadapan dengan pemain seperti Corbin Ong dalam misinya mahu menjaringkan gol.
Pemian yang disifatkan Khyril sebagai pertahanan yang sangat berkualiti, terutama sekali dalam aksi berhadapan menentang Vietnam ketika tugasan antarabangsa baru-baru ini.
“Corbin seorang pertahanan yang berkualiti dan ketika beraksi untuk skuad negara, dia mampu menghadapi pemain Vietnam yang pantas. Saya akan cuba memberikan tentangan sebaik mungkin ketika berhadapan dengan Corbin.”