Cristiano Ronaldo Sebenarnya Pemain AC Milan Jika Tidak Ke Juventus

Pengarah sukan AC Milan, Massimiliano Mirabelli membayangkan bintang Portugal, Cristiano Ronaldo mungkin bergelar pemain AC Milan sekiranya pemilik kelab Serie A itu tiba lebih awal ketika musim panas lalu.

Pemenang lima kali Ballon d’Or, Ronaldo, menamatkan tempoh hebat selama sembilan tahun bersama Real Madrid apabila memilih untuk berhijrah ke juara Itali, Juventus, Julai lalu.

Namun, Mirabelli mendakwa bintang Portugal itu bersedia untuk hadir ke San Siro sehingga pemilik sebelum ini, Li Yonghong, menyekat perpindahan itu disebabkan kawalan kelab oleh Elliot Management.

“Ada sesuatu yang telah kami bincangkan dengan Jorge Mendes (ejen Ronaldo),” kata Mirabelli.

“Kami tahu akan ada masalah dengan Ronaldo dan Madrid. Kami melakukan segalanya tetapi pemilik dari China menyekat perpindahan itu kerana ia tidak stabil.

“Bersama pemilik baru, Ronaldo mungkin telah bergelar pemain Milan.”

Li melengkapkan pembelian Milan bernilai EUR730 juta (RM3.5 bilion) pada April 2017 dan telah memecat Vincenco Montella tujuh bulan kemudian.

Mirabelli berpendapat keputusan untuk mengekalkan Montella pada awal musim 2017/18 adalah sesuatu yang tepat dan mendedahkan perbincangan bersama Antonio Conte sebelum pelantikan Gennaro Gattuso.

“Kami tiba pada April 2017 dan melengkapkan musim yang rumit. Montella menjalankan tugas dengan baik. Bagi saya, dia berhak meraih peluang mengendalikan Milan semula. Mudah untuk berkata kami salah tetapi sebenarnya, dia berhak kekal,” tambah Mirabelli.

“Saya bangga membuat keputusan melantik Gattuso kerana tahap profesional yang dipamerkan, serius dan rasa cinta yang ditunjukkannya bersama staf dalam setiap kerja.

https://twitter.com/IFTVofficial/status/1064940445094924288

“Pemilik dari China tidak bersetuju kerana berpendapat ia satu langkah yang mundur tetapi saya menerangkan bahawa Gattuso adalah pengendali bagus untuk masa depan. Dia telah bekerja di Greece, Serie C dan Serie B. Ia sesuatu yang positif.

“Kami mendengar penerangan Conte setelah berbincang. Ia satu perbualan yang tidak membawa kepada apa-apa perkara.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN