Cristiano Ronaldo mengumumkan yang salah seorang dari anak kembar beliau bersama pasangannya, Georgina Rodriguez telah meninggal dunia.
Bintang Portugal itu bersama pasangannya dikurniakan sepasang kembar campuran seorang lelaki dan seorang perempuan.
Walau bagaimanapun, Cristiano Ronaldo tampil menjelaskan yang bayi lelaki beliau telah meninggal dunia.
Cristiano Ronaldo and Georgina Rodriguez have announced that their newborn baby boy has died.
RIP 🙏https://t.co/fusn0nEise pic.twitter.com/qSr7XhiEFm
— Complex Sports (@ComplexSports) April 18, 2022
Ronaldo telah memuat naik status di laman instagram miliknya untuk mengesahkan tentang pemergian bayi lelaki beliau itu.
Beliau juga turut mengesahkan yang bayi perempuannya selamat dilahirkan oleh pasangan beliau.
“Dengan rasa sedih yang sangat mendalam kami mahu mengumumkan yang bayi lelaki kami sudah meninggal dunia.”
“Ia merupakan kesakitan yang teramat sangat yang boleh dirasai oleh ibu bapa. Hanya dengan kelahiran bayi perempuan kami sahaja yang mampu beri kami kekuatan untuk mengharungi detik ini dengan harapan dan sedikit kegembiraan.”
“Kami mahu mengucapkan terima kasih kepada doktor dan jururawat atas jagaan rapi dan sokongan mereka.”
“Kami semua sedih atas kehilangan ini dan kami mohon beri waktu kepada kami di waktu yang benar-benar sukar ini. Bayi lelaki kami, kamu bidadara kami. Kami akan selalu menyayangi kamu.”
Tulis Cristiano Ronaldo di laman instagram miliknya.
Manchester United turut mengeluarkan kenyataan bagi memberi sokongan kepada Cristiano Ronaldo dengan menyatakan:
“Kesakitan kamu adalah kesakitan kami, @Cristiano. Kami kirimkan rasa sayang dan kekuatan untuk kamu dan keluarga kamu pada ketika ini.”
Cristiano Ronaldo annonce le décès de son petit garçon à la naissance.
Force à Georgina, Cristiano, et toute la petite famille. ❤️ pic.twitter.com/M56hI6YnE1
— Actu Foot (@ActuFoot_) April 18, 2022
Anak sulung Ronaldo, Cristiano Jr dilahirkan melalui proses ibu tumpangan pada tahun 2010 yang lalu dan beliau pada ketika ini sedang beraksi bersama skuad akademi Manchester United.
Beliau kemudiannya dikurniakan anak kembar, Eva (perempuan) dan Mateo (lelaki) juga melalui ibu tumpang pada tahun 2017 yang lalu.
Rodriguez kemudiannya melahirkan anak perempuan mereka, Alana Martina setahun selepas itu.
Ronaldo kembali menyertai Manchester United dari Juventus pada musim panas lalu dengan Rodriguez bersama keluarganya turut sama ikut berpindah ke bandar Manchester.
Kedua-dua mereka bertemu ketika Cristiano Ronaldo masih lagi bersama Real Madrid dengan Rodriguez pada ketika itu bekerja di store Gucci.
Ronaldo pernah menceritakan kisah tersebut dalam satu siri dokumentari di Netflix dengan menyatakan:
“Dari detik itu (ketika mereka berselisih di hadapan store di mana Rodriguez bekerja) ia terus bermain di fikiran saya dan saya rasa ia waktu yang paling tepat.”
Cristiano Ronaldo has announced the death of his son.
So so sad, no parent should ever go through this.
RIP little one 🙏 pic.twitter.com/B3GAn6w9E3
— SPORTbible (@sportbible) April 18, 2022
Pada tahun 2019 yang lalu, dalam satu temu bual bersama Piers Morgan, Ronaldo turut mengesahkan yang beliau akan kahwini Rodriguez satu hari nanti.
Pemain berusia 37 tahun itu menyatakan:
“Kami akan berkahwin satu hari nanti, itu sudah pasti. Geo merupakan sebahagian dari saya.”
“Dia banyak membantu saya. Saya jatuh cinta padanya dan saya betul-betul bersemangat kerana dia.”