Dengan gaji £288,000 (selepas ditolak cukai) seminggu, tak hairanlah Cristiano Ronaldo mampu memiliki banglo besar di Madrid yang bernilai £5.2 juta.
Melalui satu video yang dimuat naik di akaun Twitter beliau, Ronaldo membawa peminatnya melawat rumahnya.
Curious to see my house in Madrid? Take a look! Merry Christmas to all! https://t.co/f4Oor4pwl7
— Cristiano Ronaldo (@Cristiano) December 22, 2015
Daripada patung Buddha yang entah mengapa berada di pintu masuk rumahnya sehinggalah kepada patung anjing di sepan cermin, rumah Ronaldo turut dipenuhi dengan aksesori rumah yang pelik-pelik.
Menurut Ronaldo, beliau sukakan patung anjingnya kerana ‘dia tak bising’.
Ronaldo juga turut membawa penonton melawat bahagian rumah paling penting bagi beliau, iaitu bilik tidurnya.
“Untuk bermain dengan baik, anda perlu berehat dengan baik juga.”
Mungkin kata-kata Ronaldo ini perlu diambil perhatian oleh pemain-pemain bola sepak tempatan yang gemar melepak di restoran mamak sehingga lewat pagi.
Tetapi bagi kami, bahagian rumah Ronaldo yang paling kami ‘penting’ adalah kolam renang dan padang bola sepak di belakang rumahnya.
Anda mempunyai rumah yang cantik, Cristiano. Tetapi patung anjing yang buruk itu harus dibuang.
Baca juga: Lihat Apa Terjadi Apabila Cristiano Ronaldo Menyamar Sebagai Penghibur Jalanan Di Madrid