Jamie Carragher: Jika Man United Ambil Jose Mourinho, Itu Petanda Mereka Penakut

Ketika ini, khabar angin yang mengatakan Jose Mourinho bakal mengambil alih Manchester United kelihatan seperti bakal menjadi realiti dalam masa terdekat.

Dengan prestasi United yang goyah di bawah kendalian Louis van Gaal ketika ini, media UK melaporkan van Gaal mempunyai 2 perlawanan (vs Stoke City dan Chelsea) untuk menyelamatkan jawatannya.

Kalah salah satu daripada 2 perlawanan tersebut, van Gaal akan dipecat.



Jose Mourinho yang baru saja dipecat oleh Chelsea pada minggu lepas, dikatakan berminat dan bersedia untuk mengambil alih United.

Pendapat Jamie Carragher

Ketika ramai orang melihat tiada masalah dengan prospek Mourinho ke United, Jamie Carragher pula berpendapat sebaliknya.

Ketika diminta mengulas mengenai berita Jose Mourinho ke Manchester United dalam rancangan Monday Night Football di Sky Sports, Jamie Carragher berpendapat Mourinho bukanlah calon sesuai untuk United.

“Adakah Jose (Mourinho) calon sesuai untuk Manchester United? Bagi saya, tidak.”

“Sebabnya adalah; jika saya kenang balik Man United, sejarah dan identiti mereka pada 50-60 tahun lepas, menang trofi adalah satu-satunya aspek yang Jose boleh lakukan.”

“Tapi menggunakan pemain muda akademi? Tidak.”



“Bermain bola sepak menyerang, yang menarik, setiap perlawanan? Tidak juga.”

Bagi Carragher, jika Mourinho adalah pengurus yang dipilih oleh ahli-ahli lembaga pengarah United, ia menandakan mereka sudah ‘takut’.

“Jadi jika dialah (Mourinho) pengurus yang lembaga pengarah Man United mahu, ia hanya menunjukkan ketakutan yang mereka alami.”

“Mereka mungkin terdengar Pep Guardiola akan pergi ke Manchester City. Jadi mereka rasa ‘kita sedang ketinggalan’.”

“Jadi mereka akan melupakan prinsip-prinsip yang menjadikan pegangan kelab mereka sejak 50-60 tahun lepas. Ia menunjukkan United terdesak untuk menang trofi.”

Pendapat Thierry Henry

Thierry Henry yang turut bersama Carragher dalam Monday Night Football bagaimanapun tidak bersetuju dengan pendapat Carragher.

Bagi Henry, Mourinho layak dan sesuai menjadi pengurus United.

Mengulas pendapat Carragher yang mengatakan mentaliti defensif Mourinho mungkin tak sesuai dengan prinsip United, Henry pantas memberi contoh yang masih beliau ingati.

Menurut Henry, Mourinho pernah menampilkan gaya permainan laju dan menarik ketika musim pertamanya di Chelsea pada 2004.



Ketika ini United berada 9 mata di belakang pendahulu liga, Leicester City di tangga ke-5 liga. United sudah gagal mencatat kemenangan dalam 4 perlawanan liga setakat ini.

Baca juga: Gary Neville Memberitahu Apa Kesilapan David Ospina Dengan Bantuan Jamie Carragher

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN