Cristiano Ronaldo telah menjemput Lionel Messi untuk makan malam dengan beliau. Pada masa yang sama Ronaldo menyatakan beliau merindui perseteruan dengan Lionel Messi ketika di Sepanyol.
Ronaldo dan Messi mencipta salah satu perseteruan epik dalam sejarah sukan. Perseteruan mereka di Sepanyol berakhir selepas 9 tahun. Ini apabila Ronaldo memutuskan untuk menyertai Juventus.
Ronaldo dan Messi berbual-bual sesama mereka. Dan kemudian hos acara, telah menemuramah kedua-duanya.
Ronaldo berkata: “Kami berkongsi pentas selama 15 tahun. Saya tidak pasti sama ada, akan ada 2 pemain yang sama berada di sana, setiap kali.”
“Saya tidak pasti ia akan berlaku lagi dalam sejarah bola sepak. Ianya tidak mudah.”
Ronaldo kemudian membuatkan audien tergelak dan bertepuk tangan apabila menyatakan, mereka berdua terlalu fokus kepada bola sepak sehingga lupa untuk memikirkan makan malam bersama.
“Kami berdua ada hubungan yang baik, namun kami belum ada kesempatan lagi untuk makan malam bersama. Jadi, saya berharap, pada masa akan datang, ia akan berlaku.”
Ronaldo: "We've not had dinner together yet, but I hope in the future!" 😃@Cristiano & Messi at the #UCLdraw 🤜🤛 pic.twitter.com/KOFY8680tU
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) August 29, 2019
“Sudah tentu saya rindu saat saya bermain di Sepanyol.”
“Kami berdua ada pertarungan lebih 15 tahun ini, yang saya rasa bagus [untuk kami berdua]. Beliau menolak saya, dan saya menolak beliau. Ianya bagus sekali untuk menjadi sebahagian daripada sejarah bola sepak.”
Ronaldo kemudian menyatakan beliau yakin akan dapat bersara, sama tahun dengan Messi walaupun beliau lebih tuan 2 tahun. Ini kerana Ronaldo menyatakan kondisi fizikal beliau sekarang cukup bagus untuk terus bermain seperti Messi.
“Beliau 2 tahun lebih muda daripada saya. Namun saya nampak bagus sekali untuk lelaki pada usia saya. Saya harap akan terus berada di sini, tahun hadapan, dalam 2 tahun lagi, 3 tahun lagi.”
Sama-sama kita berharap kedua-duanya ada kesempatan untuk makan malam bersama, dan terus menikmati karier yang sukses.