Cristiano Ronaldo Disahkan Positif COVID-19

Cristiano Ronaldo
Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea
01:23
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Bintang dunia, Cristiano Ronaldo terpaksa diketepikan daripada skuad Portugal bagi menghadapi Sweden dalam saingan UEFA Nations League (UNL) 2020 pada awal pagi esok kerana beliau disahkan positif wabak COVID-19.

Persatuan Bola Sepak Portugal (FPF) dalam satu kenyataan telah mengesahkan perkembangan baharu mengenai pemenang lima kali Ballon d’Or tersebut.

Sehubungan dengan itu, Ronaldo perlu untuk menjalani kuarantin selama dua minggu dan bermakna beliau pastinya akan terlepas aksi yang bakal berlangsung di Estádio José Alvalade, Lisbon tersebut.

Portugal yang merupakan juara bertahan kejohanan, kini menghuni tangga teratas kumpulan 3 selepas berkelebihan perbezaan jaringan ketika terikat tujuh mata bersama juara dunia, Perancis.

”Cristiano Ronaldo telah dikeluarkan daripada sesi latihan bersama skuad kebangsaan selepas ujian menunjukkan beliau sah positif COVID-19, jadi dia tidak akan beraksi menentang Sweden.”

”Pemain skuad kebangsaan Portugal itu baik-baik sahaja, tanpa sebarang gejala dan kini berada dalam kuarantin.”

”Susulan ujian positif tersebut, baki para pemain yang lain telah melakukan ujian terbaharu pada pagi Selasa, dan semuanya menunjukkan keputusan negatif dan tidak bermasalah untuk menjalani latihan bersama Fernando Santos untuk sesi latihan tengah hari,” menurut kenyataan dikeluarkan FPF.

Selain perlawanan bertemu Sweden, pemain berusia 35 tahun itu turut akan terlepas dua aksi bersama Juventus iaitu perlawanan Serie A bertemu Crotone pada hujung minggu ini serta aksi pembukaan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Dynamo Kiev yang dijadualkan berlangsung 20 Oktober ini.

Kredit featured image: Aurelien Meunier/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Cristiano Ronaldo:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN