Benjamin Mora Akui Rindu Kelibat Safawi, Tapi JDT Tidak Terjejas Pun Tanpanya

Benjamin Mora Safawi Rasid JDT

Safawi Rasid kini sudah bersama kelab di Primeira Liga, Portimonense SC di Portugal dan kelibatnya pasti akan dirindui oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Benjamin Mora, terutamanya menjelang saingan Piala Malaysia dan AFC Champions League nanti.

Pengendalinya itu dipetik berkata yang Safawi Rasid adalah seorang pemain yang amat istimewa buat kelab dan tentunya mereka semua merindui kelibatnya. Namun, ditekankan juga yang JDT bukanlah mengenai seorang pemain sahaja.

Turun tanpa pemain itu dalam perlawanan terakhir CIMB Liga Super pada Sabtu, JDT masih mampu meraih kemenangan besar, menewaskan Melaka United 5-0.

Dalam aksi terakhir Safawi Rasid bersama Harimau Selatan minggu sebelum itu, mereka menang 4-1 ke atas Sabah dengan dua gol telah disumbangkan olehnya.

Katanya di sidang media, “Tentunya Safawi adalah [pemain] istimewa. Safawi sangat istimewa buat JDT dan juga saya. Saya rindukannya tetapi dia sedang melalui pengalaman yang baik [di Portugal] dan saya doakan yang terbaik buat dirinya.”

“Kami boleh melalui perlawanan malam ini tanpa Safawi,” tambah Benjamin Mora lagi mengenai kesan kehilangan Safawi Rasid dalam skuad mereka terutamanya dalam aksi tersebut. JDT telah diikat tanpa gol di babak pertama oleh Melaka United.

Selepas perubahan taktikal dan pemain dibuat, Harimau Selatan mula mempamerkan kebangkitan dan bermula dengan jaringan penalti Leandro Velazquez di minit ke-70, juara liga tujuh kali berturut-turut itu dilihat tidak lagi menoleh ke belakang.

Mereka berterusan mengancam dan menguji kubu skuad Hang Tuah dan telah berjaya memperolehi empat lagi gol sehingga ke minit-minit akhir perlawanan. Kemenangan tersebut juga membolehkan mereka merekodkan kejuaraan ‘invincible’.

Katanya lagi, “Saya rasa JDT bukanlah mengenai seorang pemain walaupun dia adalah Safawi dan kami menyayanginya. Dia pemain yang hebat dan ‘spectacular’. Kami merinduinya tetapi akhirnya akan ada pemain lain yang akan mengambil tempatnya.

“Jika Ramadhan [Saifullah] dan Arif [Aiman] bermain seperti malam ini, saya rasa ianya kurang menyukarkan buat kami, kerana mereka adalah pemain yang sangat bagus,” ujar Benjamin Mora sambil menyentuh nama dua pemain muda itu.

KREDIT FEATURED IMAGE: BERNAMA

Baca lagi artikel mengenai Benjamin Mora & Safawi Rasid:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN