Cristiano Ronaldo Digesa Tampilkan Bukti Dokumen Kes Rogol Telah Dipalsukan

Peguam yang mewakili Kathryn Mayorga menggesa Cristiano Ronaldo menyerahkan bukti bahawa dokumen bukti dalam kes rogol membabitkan pemain itu terhadap mayorga telah dipalsukan.

Dalam perkembangan terbaru membabitkan kes tersebut, Ronaldo melalui peguamnya menafikan dakwaan merogol ke atasnya, dan berkata mempunyai hubungan secara persetujuan dengan mangsa.

Pada Rabu lalu peguam Ronaldo berkata dokumen berkenaan telah dicuri melalui jenayah siber pada 2015, sebelum diubahsuai untuk menjadikan dokumen tersebut sebagai palsu.

Satu kenyataan daripada Larissa Drohobyczer dan Leslie Stovall yang mewakili Mayorga berkata:

“Kami mahu mengucapkan terima kasih kepada Cristiano Ronaldo dan peguamnya yang mengesahkan pada 10 Oktober 2018 bahawa dokumen dari ‘Football Leaks’ itu telah diterima dari Ronaldo sendiri, atau individu yang mewakili beliau.

“Oleh itu kami mahukan bukti yang boleh membuktikan dokumen tersebut telah dipalsukan seperti yang didakwa oleh peguam Ronaldo.

Ronaldo dan Mayorga di Las Vegas pada 2009.

“Di dalam kes sivil dan jenayah, sebarang telahan mengenai dokumen palsu atau fakta di sebaliknya akan ditentukan oleh pihak juri.

“Pihak juri akan membandingkan perbezaan versi asal dan yang didakwa palsu, mendengar kesaksian dari individu yang menulis dan menyediakan dokumen yang dipersoalkan, mengambil kira setiap kemungkinan ketika dokumen itu ditulis, disediakan, ketika dipindahkan dan disimpan, sebelum turut mendengar pendapat daripada pihak forensik yang akan turut melakukan penilaian untuk menyemak sebarang pemalsuan.”

Sehubungan dengan itu, peguam Mayorga menggesa Ronaldo dan peguamnya untuk menampilkan sebarang dokumen berkaitan untuk diserahkan kepada pihak penyiasatan, agar dakwaan pemalsuan itu boleh dibuktikan.

Penyerahan dokumen tersebut dipercayai akan mempercepatkan proses penyiasatan terhadap dokumen yang diperolehi dari ‘Football Leaks’ itu.

Mayorga memfaikan kes terhadap Ronaldo pada bulan lalu di Nevada dan mendakwa pemain itu telah merogol beliau di Las Vegas pada 2009.

Kes tersebut kini berada di dalam siasatan pihak polis. Sky Sports, salah sebuah media yang mengikuti rapat perkembangan kes ini turut telah menghubungi peguam Ronaldo untuk mendapatkan respon terkini mengenai permintaan peguam Mayorga.

Namun sehingga artikel ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan daripada Ronaldo atau pun peguam beliau berkenaan kesahihan wujudnya dokumen asal untuk tujuan perbandingan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN