Mbappe Tampil Pertahan Rekod Perancis, Nafikan Kejutan Dari Iceland

Tampil sebagai pemain gantian, Kylian Mbappe adalah pemangkin kepada kebangkitan dramatik Perancis untuk mengikat Iceland dalam perlawanan persahabatan pada awal pagi tadi.

Keputusan tersebut sekaligus menafikan peluang buat Iceland mengejutkan juara dunia Perancis, walaupun keputusan seri masih dianggap sebagai memuaskan jika ini adalah salah satu perlawanan dari kejohanan utama.

France’s forward Kylian Mbappe (R) vies with Iceland’s goalkeeper Hannes Thor Halldorsson during the friendly football match between France and Iceland at the Roudourou Stadium in Guingamp, western France on October 11, 2018. (Photo by LOIC VENANCE / AFP) (Photo credit should read LOIC VENANCE/AFP/Getty Images)

Dimasukkan pada minit ke-60 untuk menggantikan Antoine Grizmann, Perancis ketinggalan 2-0 pada ketika itu.

Namun Perancis berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-86 perlawanan selepas percubaan Mbappe membias daripada pemain pertahanan Iceland, Holmar Orn Eyjolfsson sebelum menerjah jaring gawang sendiri.

Minit ke-90 perlawanan, Mbappe menyempurnakan sepakan penalti selepas bola terkena tangan pemain Iceland, untuk kedudukan terikat 2-2 dalam perlawanan yang diadakan di Guingamp.

Iceland terlebih dahulu mendahului melalui Birkir Bjarnason dan Kari Arnason, dengan setiap gol di setiap babak perlawanan.

Joy for Kylian Mbappe of France as he makes it 2-2 during the international friendly match between France and Iceland on October 11, 2018 in Guingamp, France. (Photo by Dave Winter/Icon Sport via Getty Images)

Pasukan pelawat itu sehingga kini belum mencatatkan sebarang kemenangan dalam sembilan perlawanan antarabangsa, termasuk dibelasah oleh Switzerland dan Belgium dalam pertandingan Nations League pada September lalu.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu ialah di kejohanan Euro 2016, dan Iceland tewas 5-2 kepada Perancis di peringkat suku akhir kejohanan sebelum mara ke final.

Secara keseluruhan, Iceland tidak pernah menang dalam 12 pertemuan dengan Perancis sebelum ini. Dalam perlawanan pada awal pagi tadi, Iceland membenarkan Perancis mendominasi perlawanan, namun pasukan tuan rumah gagal memanfaatkan peluang yang dicipta.

Perlawanan pada awal pagi tadi juga seolah-olah bakal menempa sejarah tersendiri sehinggalah Mbappe tiba dan menampilkan magis beliau untuk mempertahankan rekod tanpa kalah kepada Iceland yang kini menjadi 13 perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN