Cristiano Ronaldo Dan Edinson Cavani Sedia Bantu United Benam Spurs

Cristiano Ronaldo dan Edinson Cavani bakal kembali sertai skuad utama Manchester United dengan mereka dijangkakan akan turun dalam aksi bertemu Tottenham Hotspur minggu ini.

Menurut sumber laporan Manchester Evening News, Cristiano Ronaldo dan Edinson Cavani dilaporkan sudah turut sama turun menjalani latihan bersama para pemain lain pada minggu ini.

Kedua-dua mereka dijangka akan diturunkan dalam aksi bertemu Tottenham Hotspur dan tentunya mereka diharapkan akan mampu membantu Red Devils membawa pulang tiga mata penuh.

Ronaldo merupakan penjaring terbanyak Manchester United pada ketika ini selepas beliau cemerlang meledak 15 gol dari 30 penampilan dalam semua pertandingan.

Pemain kebangsaan Portugal itu tidak diturunkan ketika aksi bertemu Man City pada minggu lalu kerana beliau mengalami masalah kecederaan ringan.

Ronaldo sendiri turut teruk dihentam oleh pelbagai pihak sejak kebelakangan ini kerana aksi tidak menentu yang beliau pamerkan.

Walau bagaimanapun, kemampuan dan pengalaman beliau jelas sekali sangat diharapkan akan mampu membantu United mencatatkan kemenangan dalam perlawanan ini.

Edinson Cavani sementara itu telah terlepas enam perlawanan terakhir Man Utd dalam saingan Premier League kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Pemain berusia 34 tahun itu hanya mampu menjaringkan dua gol sahaja dari 15 penampilan dalam semua pertandingan sepanjang musim ini.

De Gea belum tentu diturunkan dalam kesebelasan utama

Walau bagaimanapun, ada berita yang tidak begitu menyenangkan untuk para penyokong Manchester United, yang mana David De Gea berkemungkinan tidak akan diturunkan dalam perlawanan bertemu Spurs pada minggu ini.

David De Gea dilaporkan bakal terlepas perlawanan terpenting kelab musim ini bertemu Tottenham Hotspur dalam aksi saingan Premier League minggu ini.

Penjaga gol kebangsaan Sepanyol itu tidak dinafikan lagi sememangnya antara penjaga gol terbaik dalam saingan liga musim ini, dan beliau juga turut dianggap sebagai pemain terpenting dalam skuad The Red Devils.

Menurut sumber laporan dari Manchester Evening News, De Gea bakal terlepas aksi bertemu Tottenham Hotspur selepas beliau disahkan positif C0V-19.

Dek kerana De Gea bakal diketepikan, maka Dean Henderson akan diturunkan buat pertama kali dalam saingan Premier League pada musim ini.

Ketiadaan David De Gea jelas sekali bakal memberi impak yang teruk kepada skuad kendalian Ralf Rangnick itu, terutama sekali ketika memikirkan betapa besar sumbangan beliau pada musim ini.

Penjaga gol kebangsaan Sepanyol itu tidak dinafikan lagi sedang berada di tahap persembahan terbaiknya sepanjang musim ini dengan beliau kerap menyelamatkan United dari dibolosi.

Man Utd masih ada di kelompok lima teratas dalam carta saingan liga musim ini juga kerana kecemerlangan David De Gea dan seandainya beliau tidak berada di tahap persembahan terbaiknya, Red Devils mungkin berada di kelompok lebih rendah.

Penjaga gol berusia 31 tahun itu turun beraksi dalam semua 28 perlawanan United sepanjang musim ini dalam saingan Premier League, sementara Henderson pula hanya tampil tiga kali di pertandingan luar.

Penjaga gol berusia 25 tahun itu sebelum ini hangat dikaitkan dengan bakal meninggalkan Man Utd, dek kerana beliau tidak mendapat minit permainan yang mencukupi.

Dean Henderson sangat terdesak mahu mendapatkan minit permainan, dalam usahanya mahu mengambil hati Gareth Southgate agar menyenaraikan namanya dalam senarai skuad kebangsaan England.

Manchester United jelas sekali akan sangat berharap agar Dean Henderson akan mampu beraksi cemerlang dalam perlawanan pada minggu ini, kerana ia penentu untuk mereka bersaing merebut kedudukan keempat liga.

Man Utd pada ketika ini berada di kedudukan kelima dalam carta saingan liga, dengan mereka satu mata dibelakang Arsenal yang sedang berada di kedudukan keempat.

Manchester United pada minggu lalu terpaksa akur dengan kekalahan memalukan 4-1 bertemu Manchester City dan tentunya mereka tidak mahu hal sama berulang pada minggu ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN