Sorok Wang Di Akaun Rahsia, Cristiano Ronaldo ‘Kantoi’ Tak Bayar Cukai

Sejak dahulu penyokong Real Madrid atau lebih tepat penyokong Cristiano Ronaldo yang kurang matang, sering menyerang penyokong Barcelona dan Lionel Messi dengan jenaka ‘tak bayar cukai’.

Hal ini kerana, hampir semua pemain luar yang beraksi dengan Barcelona sering dikaitkan dengan masalah tak bayar cukai. Senaraikan saja namanya, Messi? Suarez? Neymar?

Bagi peminat Barcelona dan orang Catalan sendiri, ini tidak lebih dari cara pihak kerajaan Sepanyol untuk sentiasa menyusahkan hidup mereka. Ya, kita semua tahu kerajaan persekutuan Sepanyol dan orang Catalan tidak pernah sebulu.

Tetapi, macam mana kalau pemain Real Madrid sendiri yang tak bayar cukai?

Berjuta-juta

Bintang Portugal Cristiano Ronaldo, mengalami pertuduhan tidak membayar sejumlah wang cukai sejak ketibaannya di Real Madrid pada 2009.

Hasil pendedahan yang dilakukan oleh majalah Jerman, Der Spiegel menyaksikan Ronaldo sebenarnya memindahkan wang sejumlah €150 juta.

Wang tersebut merupakan wang hasil daripada hak imej beliau. Ia dipindahkan ke sebuah akaun rahsia untuk membolehkan seolah-olah pendapatan Ronaldo tidaklah sebanyak mana.

1480718079_866378_1480718241_n

Hasil dari perkiraan, Ronaldo sebenarnya hanya membayar cuma 4% (€5.8 juta) dari jumlah cukai sebenar yang perlu beliau bayar.

Menurut laporan, sebanyak €74.8 juta wang telah dipindahkan ke sebuah akaun di Switzerland yang dijaga oleh sebuah syarikat dari Virgin Island dari tahun 2009-2014.

Selain itu terdapat juga laporan yang mengatakan Ronaldo mengelak dari membayar wang cukai sebanyak €31 juta untuk hak imej beliau untuk tempoh tahun 2015-2020.

Bukan Ronaldo seorang

Namun pendedahan ini bukanlah melibatkan Ronaldo sahaja. Malah, ia turut melibatkan 2 lagi warga Portugal iaitu bekas pengurus Real Madrid Jose Mourinho dan pemain Fabio Coentrao.

FC Internazionale Milano vs AS Bari - Serie A 2009/2010

Menurut European Investigation Constrium, Mourinho yang kini pengurus Manchester United dikatakan telah menyorok €12 juta wang di akaun yang dijaga oleh syarikat yang juga menjaga akaun Ronaldo.

Bagi Coentrao pula, beliau dikatakan “tidak pernah membayar cukai” sepanjang berada di Sepanyol.

Selain itu, Radamel Falcao juga menjadi sasaran kerana dikatakan tidak membayar cukai sepanjang bersama Atletico Madird.

Siasatan juga dibuka untuk Pepe, namun beliau terlepas kerana sering membayar cukai mengikut peraturan ditetapkan.

Sistem Jorge Mendes

Punca utama mengapa Ronaldo tidak membayar cukai adalah kerana sistem yang dibuat oleh agennya – Jorge Mendes.

ios

Sistem yang dibuat oleh Mendes adalah mewujudkan 2 operasi berbeza untuk wang yang datang dari pengiklanan.

Syarikat Mendes juga telah menjawab semula pendedahan yang dilakukan lebih kurang 12 media berbeza mengenai isu ini.

Menurut syarikat Mendes, Ronaldo dan Mourinho bagaimana pun telah memenuhi kesemua syarat mengenai percukaian di Britain dan Sepanyol.

Syarikat Mendes juga menyelar tindakan media yang mendedahkan isu ini dengan cara yang negatif yang mampu merosakkan reputasi syarikatnya.

Dalam masa yang sama, syarikat Mendes juga sekali lagi menegaskan Ronaldo dan Mourinho tidak pernah melanggar mana-mana peraturan mengenai percukaian di Sepanyol.

Siasatan bermula

Namun begitu, siasatan mula dijalankan untuk mencari kebenaran terhadap pendedahan yang dilakukan.

Akan tetapi, Ronaldo tidak akan disiasat akan kesalahan mengelak cukai seperti mana yang dikenakan oleh Lionel Messi dan juga Neymar.

Sebaliknya, Ronaldo hanya akan dikenakan hukuman penalti dengan membayar denda dengan jumlah yang besar tanpa perlu mengalami kemungkinan dipenjara.

Baca juga: Allardyce ‘Kantoi’ Salah Guna Kuasa, Bantu Orang Luar Langgar Peraturan England FA & FIFA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN