Cristiano Ronaldo sepatutnya dah boleh jaringkan lebih banyak gol seandainya beliau memutuskan untuk menyertai Manchester City berbanding ke Old Trafford.
Bekas pemain kebangsaan England, Peter Barnes percaya Cristiano Ronaldo setidak-tidaknya dah jaringkan lebih 20 gol pada ketika ini andai beliau ke Etihad pada musim panas lalu.
Ronaldo pada musim panas lalu sebenarnya sudah hampir untuk sertai Manchester City, namun Red Devils berjaya menggagalkan usaha jiran mereka itu, dan membawa semula bintang Portugal itu kembali ke Old Trafford.
🗣️ Former England international Peter Barnes on Cristiano Ronaldo:
"His goal record is great for a 37-year-old, but I think if he had come to City, he'd probably have 25 goals now, because the good players there would have found him a lot easier."#Ronaldo #ManCity #CR7 pic.twitter.com/wgjFrzNAGJ
— Sportskeeda Football (@skworldfootball) March 5, 2022
Bekas bintang Real Madrid dan Juventus itu memulakan kariernya keduanya di Old Trafford dengan baik dan beliau turut cemerlang menjaringkan enam gol dari empat perlawanan pertamanya.
Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, Ronaldo terlalu bergelut untuk menjaringkan gol dan ramai yang percaya ia kerana beliau kurang mendapat sokongan dari rakan sepasukan.
Walaupun Manchester United sudah melakukan yang terbaik sejak kebelakangan ini, namun sayangnya Ronaldo hanya mampu menjaringkan satu gol sahaja dari 10 perlawanan terakhirnya dalam semua pertandingan.
Sementara Manchester City sejak kehilangan Sergio Aguero, mereka masih belum menemui pemain penyerang utama, dan kerana itu juga mereka terlalu bergantung kepada pemain midfield.
Barnes percaya Ronaldo akan mendapat lebih banyak sokongan seandainya beliau beraksi bersama Manchester City, berbanding ketika beraksi bersama Red Devils.
Former England international Peter Barnes believes Cristiano Ronaldo would have scored more goals had he joined Manchester City instead of Manchester United. https://t.co/KrmC0caA89
— Sportskeeda Football (@skworldfootball) March 5, 2022
Hal ini kerana beliau melihat skuad kendalian Pep Guardiola itu sering membuat keputusan yang bijak ketika berada di kawasan final third sepanjang aksi mereka musim ini.
“Rekod gol dia memang sangat hebat untuk seorang pemain yang berusia 37 tahun, tapi saya fikir jika dia datang ke City, dia sekarang berkemungkinan sudah menjaringkan 25 gol sekarang, kerana pemain hebat di sana akan bantu memudahkan kerja dia.”
“Mereka ada vision dan teknik untuk meletakkan dia dalam situasi untuk menjaringkan gol, yang mana saya fikir segelintir pemain United memang tak ada vision itu untuk meletakkan dia dalam situasi untuk menjaringkan gol.”
Jelas Barnes kepada Daily Mirror.
“Kemudian saya ada dengar yang kualiti sepakan dia sudah hilang dan dia sudah tidak mempunyai kelajuan seperti dia yang empat ke lima tahun lalu.”
“Saya rasa apa yang membuatkan dia kecewa adalah dia tak dapat bantuan dan sokongan yang sama seperti kebiasaannya dia dapat sebelum ini dan orang tak nampak dia.”
EPL: Cristiano Ronaldo would have scored 25 goals now at Manchester City – Barnes https://t.co/tzgd07S7Zo
— Daily Post Nigeria (@DailyPostNGR) March 5, 2022
Masalah prestasi Ronaldo membimbangkan Man Utd
Cristiano Ronaldo jarang menunjukkan reaksi tak gembira ketika beraksi di atas padang. Pemain berusia 37 tahun itu ketika ini nampak tak gembira dengan cara jentera serangan Manchester United membuat keputusan di kawasan final third.
Skuad kendalian Ralf Rangnick itu berharap agar mereka akan mampu mengakhiri saingan musim ini dikelompok empat teratas dalam carta saingan Premier League.
Mereka ketika ini menduduki kedudukan keempat dalam carta saingan liga, dengan skuad Red Devils itu berjaya mengumpul 47 mata dari 27 perlawanan.
Walau bagaimanapun, Arsenal yang kini berada di kedudukan kelima sebenarnya sangat berpotensi untuk memintas mereka, dengan The Gunners hanya memerlukan dua mata sahaja untuk berada di kelompok empat teratas.
Satu hal yang menyokong Arsenal untuk memintas United adalah mereka mempunyai kelebihan tiga perlawanan yang masih belum dimainkan, dan mereka hanya perlu catat satu kemenangan sahaja untuk berada di kedudukan keempat.
EPL: Cristiano Ronaldo would have scored 25 goals now at Manchester City – Barnes https://t.co/9SBWuj4AqI
— PulseNets (@PulseNets1) March 5, 2022
The Red Devils jelas sekali memerlukan Cristiano Ronaldo untuk kembali menemui sentuhan jaringan beliau dalam usaha mereka untuk mengelak dari keciciran mata.
Cristiano Ronaldo telah menjaringkan 15 gol dari 30 penampilan untuk Manchester United dalam semua pertandingan musim ini, dan beliau sepertinya bakal menambah rekod jaringannya sebelum tamat musim ini.
Manchester United juga akan berdepan laluan yang sangat sukar untuk tempoh beberapa minggu ke depan ini, dan sudah tentu Cristiano Ronaldo sangat diharapkan untuk bantu mereka mengelak berdepan kekalahan.
Kem United pada ketika ini bimbang melihat prestasi Cristiano Ronaldo dan sangat berharap agar legenda kelab itu mampu untuk mendapatkan tahap persembahan terbaiknya segera.
"No Man United players would make it into Man City's starting XI" 👀@GNev2 and @MicahRichards clash ahead of the Manchester derby 🔵🔴#Ad @SkyBet pic.twitter.com/Knox8TSQbF
— SPORTbible (@sportbible) March 5, 2022
Aksi bertemu Man City minggu ini bakal menjadi medan terbaik untuk Ronaldo membuktikan yang beliau masih mampu menjadi peledak gol utama kelab.