Craig Bellamy Akui Gareth Bale Tidak Akan Berhijrah Ke Mana-Mana Pasukan

Bale

Masa depan Gareth Bale di Santiago Bernabeu juga masih samar dengan pemain kebangsaan Wales itu kelihatan turut kelihatan bakal mengikut jejak langkah Cristiano Ronaldo meninggalkan Real Madrid.

Bagaimanapun terdapat perkara yang mungkin akan menggagalkan usaha tersebut iaitu berkenaan isu gaji.

Bagi pundit bola sepak yang merupakan bekas penyerang antarabangsa Wales, Craig Bellamy, beliau merasakan tiada kelab yang mampu untuk memenuhi tuntutan gaji Bale.

”Ke mana dia (Gareth Bale) akan pergi? Manchester United tidak akan dapat membayar gajinya. Tidak ada kelab yang boleh. Hanya ada satu kelab sahaja yang boleh membayar gajinya.”

”Itulah dunianya (Real Madrid) ketika ini. Gajinya memerlukan potongan yang tinggi untuk dia berhijrah ke mana-mana pasukan lain.”

”Bagaimana boleh satu kelab datang dan membelanjakan £80 juta atau £90 juta?

”Saya tahu bahawa Juventus melakukannya untuk Ronaldo tetapi Ronaldo adalah tujuan yang berbeza, itu adalah perbezaan dalam dunia perniagaan.”

”Tetapi Gareth, bagaimana dia boleh pergi dan membelanjakan  £80 juta, £90 juta atau £100 juta untuk seorang pemain yang belum dapat dipastikan untuk mendapatkan pulangan?”

”Mungkin sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran tetapi Gareth tidak akan menjadi sebahagian daripada perjanjian pertukaran, dia merupakan yang terlalu bagus untuk keadaan tersebut.”

”Jadi, saya tidak nampak ia menjadi langkah yang mungkin bagi sesiapa sahaja untuk mendapatkan khidmatnya.”

Walaupun dua jaringannya membantu Real Madrid menjuarai Liga Juara-Juara Eropah musim 2017/18, Zinedine Zidane lebih banyak meletakkan Bale di bangku simpanan yang membayangkan persoalan yang begitu besar buat masa depannya di Real Madrid ketika ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN