Niko Kovac Beri Peluang Buat Renato Sanches Menyinar Di Bayern Munich

Sanches

Pemain muda dari Portugal, Renato Sanches menikmati musim 2017/18 yang sukar apabila beliau bergelut untuk mempamerkan aksi terbaik selepas dipinjamkan dari Bayern Munich ke Swansea City.

Lebih kecewa apabila kelab tersebut terpaksa menelan kepahitan terjurumus ke Liga Championship selepas sekadar menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tempat ke-18.

Pengendali baru Bayern Munich, Niko Kovac bagaimanapun masih meletakkan kepercyaan terhadap pemain berusia 20 tahun itu untuk menyinar di Allianz Arena.

Sanches ternyata mempamerkan aksi bertenaga pada pertemuan persahabatan menentang Paris Saint-Germain di International Champions Cup selepas berjaya menjaringkan satu gol menerusi sepakan percuma.

”Anda harus ingat bahawa apabila seseorang pemain yang datang dari negara asing, anda tidak boleh terlalu mengharapkan dia untuk mewujudkan dirinya terhadap persekitaran baharu dalam masa yang singkat.”

”Ia sama juga dengan mana-mana pemain asing yang lain, anda perlu memberikan masa buat pemain. Saya tidak fikir masa itu telah diberikan kepadanya dan dia mempunyai masa tersebut (peluang),” jelas Kovac.

”Dia turun menjalani latihan dengan sangat bermotivasi sejak dari mula.”

”Saya melihatnya setiap hari untuk tiga minggu, dia benar-benar berusaha dan apa itulah sebab mengapa saya berbangga dia menghadapi permainan yang baik dan menjaringkan gol menerusi sepakan percuma yang menarik.”

”Anda hanya perlu untuk memberikan lebih banyak masa buat orang yang datang dari tempat lain daripada apa yang mereka perlukan dalam bola sepak.”

Pada perlawanan bertemu PSG, Bayern Munich ketinggalan pada minit ke-31 menerusi jaringan Timothy Weah dan kemudiannya Javi Martinez, Renato Sanchez dan Joshua Zirkzee membalas untuk kemenangan 3-1 buat gergasi Jerman itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN