COVID-19: Spekulasi ‘Kluster Anfield’ Cetus Kebimbangan

Anfield Liverpool Atletico Madrid

TImbul spekulasi mengenai perkaitan beberapa kes jangkitan coronavirus (COVID-19) di Liverpool adalah berpunca daripada perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL)  yang berlangsung di Anfield di antara pasukan Liverpool dan Atletico Madrid pada bulan lepas.

Menurut satu kajian saintifik oleh sebuah badan penasihat kerajaan UK, sebahagian kematian berkaitan COVID-19 adalah disebabkan perhimpunan ramai dalam perlawanan pada 11 Mac itu yang dihadiri oleh 52,000 penyokong termasuk 3,000 penyokong dari Madrid di mana perintah separa berkurung telah pun dikuatkuasakan.

Walaupun masih belum ada perkaitan rasmi di antara perlawanan tersebut dengan kes jangkitan wabak berkenaan, timbalan pengerusi badan penasihat saintifik kerajaan itu, Angela McLean berkata, siasatan lanjut masih sedang berjalan.

Pengarah Kesihatan Majlis Perbandaran Liverpool, Mathew Ashton sebelum ini memberitahu akhbar Guardian bahawa perlawanan tersebut sepatuntnya perlu dibatalkan.

Datuk Bandar Madrid, Jose Martinez-Almeida pula berkata adalah satu kesilapan besar untuk membenarkan ribuan penyokong Atletico Madrid hadir ke Anfield untuk menyaksikan perlawanan berkenaan.

“Tidak masuk akal 3,000 penyokong Atletico boleh berkunjung ke Anfiled pada waktu itu,” kata Martinez-Almeida kepada stesen radio Sepanyol, Onda Cero.

Data terbaharu menunjukkan, 246 orang telah mati disebabkan COVID-19 di Hospital Liverpool.

Madrid pula adalah salah satu bandar di Eropah yang paling teruk terkesan dengan Sepanyol kini muncul negara kedua paling tinggi kes jangkitan di dunia di belakang Amerika Syarikat dengan jumlah kematian hampir mencecah 21,000.

Dalam satu ucapan pada isnin, Menteri Kewangan UK, Rishi Sunak menolak tuduhan yang mengatakan kerajaan terlalu lambat membatalkan pertandingan-pertandingan sukan termasuk yang masih diteruskan beberapa hari sebelum perintah berkurung dikuatkuasakan.

Festival lumba kuda di Cheltenham dan juga perlawnaan UCL Liverpool dengan Atletico berlangsung pada minggu kedua bulan Mac. Angka rasmi pengunjung yang menyertai festival yang berlangsung selama sempat hari itu adalah 251,6684 orang. Perintah berkurung pula hanya dikuatkuasakan pada 23 Mac.

https://twitter.com/SimonWratten/status/1252515696837345281?s=20

“Di setiap peringkat sepanjang krisis ini, kami membuat keputusan berdasarakan nasihat saintific dan ia menunjukkan kami membuat keputusan yang betul mengikut masa yang tepat.” kata Rishi Sunak.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Liverpool dan COVID-19:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN