Kalendar bola sepak Malaysia dijangka mengelami hentakan besar akibat penularan wabak Covid-19 yang kini melanda negara untuk gelombang kedua.
Dengan perjalanan awal CIMB Liga Super serta liga bola sepak yang lain-lain ditangguhkan, kini satu lagi status pertandingan iaitu unifi Piala Malaysia.
Menurut laporan Berita Harian, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) iaitu Stuart Ramalingam mengatakan pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada Malaysian Football League (MFL) mengenai status pertandingan itu.
Hal ini kerana, pertandingan tertua di Asia itu merupakan dibawah kendalian MFL bukannya FAM.
“Semua kejohanan tempatan adalah dibawah kendalian MFL, oleh itu mereka akan tentukan serta beri keputusan terperinci yang beri kebaikan kepada semua pihak.”
Terdapat juga kemungkinan akan berlaku perubahan format dalam unifi Piala Malaysia untuk memendekkan lagi tempoh pertandingan supaya keseluruhan musim 2020 dapat ditamatkan mengikut jadual.
Malah, terdapat kemungkinan lebih teruk apabila saingan unifi Piala Malaysia untuk musim ini tidak akan dipertandingkan langsung seandainya keadaan masih belum menunjukkan tanda-tanda akan pulih.