COVID-19: AFC Tangguh Semua Perlawanan Kelayakan Piala Dunia

Berikutan isu penularan wabak COVID-19 yang semakin serius di seluruh dunia, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengambil keputusan untuk menangguhkan semua perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bagi bulan Mac dan Jun 2020.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam menerusi siaran media yang dikeluarkan pada Isnin.

Dalam surat rasmi yang diterima daripada AFC itu, keputusan penangguhan dibuat selepas perbincangan dengan ahli-ahli gabungannya yang terlibat dan seterusnya dibawa ke Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Hasil perbincangan yang mengambil kira faktor keselamatan pemain serta pegawai semua pasukan, akhirnya satu persetujuan dicapai bagi menangguhkan perlawanan-perlawanan pada tarikh berkenaan.

“Tarikh baharu perlawanan tidak dinyatakan dengan FIFA dan AFC akan mengadakan perbincangan lanjut berhubung status perlawanan-perlawanan yang ditangguhkan itu sebelum memaklumkan kepada ahli-ahli gabungan yang terlibat.

“Bagi skuad kebangsaan, Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe, penangguhan itu akan membabitkan tiga perlawanan Kumpulan G bertemu UAE yang sepatutnya berlangsung di Dubai pada 26 Mac ini serta aksi bertemu Vietnam di Bukit Jalil (31 Mac) dan bertemu Thailand di Bangkok (9 Jun).

“Justeru, FAM masih sedang berusaha untuk mendapatkan pengesahan pasukan bagi mengadakan Perlawanan Antarabangsa pada jendela perlawanan antarabangsa FIFA bulan ini (Mac 2020) dan pihak AFC telah menetapkan bahawa sebarang permohonan perlu dihantar selewat-lewatnya pada Jumaat ini, 13 Mac 2020,” ujar Stuart dalam kenyataannya.

Perkembangan itu mungkin memberi maksud FAM sudah boleh menamatkan usaha untuk mencari pasukan untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad Harimau Malaya sebagai persediaan sebelum perlawanan Kelayakan Piala Dunia pada hujung bulan ini.

Jelas Stuart lagi, isu COVID-19 yang sedang dialami di seluruh dunia ketika ini agak merumitkan untuk mana-mana pasukan mengadakan Perlawanan Antarabangsa kerana ia membabitkan perjalanan dari satu negara ke negara yang lain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN