Zainal Abidin Mahu Anak Buah Terus Pertingkatkan Prestasi

Zainal Abidin

Ketua jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan dilihat masih belum berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan anak buahnya meskipun skuad ‘Hang Tuah’ mempamerkan permulaan positif dalam saingan CIMB Liga Super Malaysia 2020.

Melaka United kini menghuni tangga teratas Liga Super dengan enam mata maksimum dikumpul selepas berjaya menundukkan UiTM FC 2-0 dan meneruskan rentak kemenangan pada minggu lalu hasil kemenangan 3-1 keatas PDRM FA di Stadium Hang Jebat.

Permulaan baik yang dicatatkan itu tetap mendapat pujian pengendali berusia 57 tahun tersebut, namun beliau melihat terdapat beberapa aspek perlu diperbaiki anak buahnya.

”Apa-apa pun, tahniah saya ucapkan kepada pasukan kerana meraih tiga mata di tempat sendiri kerana itu adalah yang paling penting sekali.”

”Prestasi serta corak permainan yang ditampilkan juga lebih kemas kalau nak dibandingkan dengan perlawanan pertama, cuma ada pada satu ketika, peluang yang kita sudah cipta gagal untuk disudahkan dengan jaringan sehingga pada satu saat itu, pemain mudah rasa tertekan.”

”Jadi, saya ingin memberitahu kepada semua pemain untuk mempertingkatkan serta memperkemaskan lagi prestasi mereka kerana yang paling penting adalah gol.”

Dalam pada itu, prestasi baik dipamerkan pemain pertahanan kanan, Wan Amirul Afiq Wan Ab Rahman susulan satu jaringan menarik dan dua bantuan yang dicipta pada aksi menentang PDRM tempoh hari, turut mendapat pujian daripada Zainal Abidin.

”Mengenai prestasi Afiq, saya memang bangga melihat dia beraksi dan ini tahun kedua dia bersama Deevan (Deevan Raj Siva Balan) dan daripada situ kita boleh nampak keserasian mereka di mana saya berharap dia dapat terus konsisten untuk perlawanan akan datang.”

Misi kemenangan ketiga berturut-turut buat Melaka United dalam saingan liga akan diteruskan pada malam esok apabila mereka bakal bertandang ke Jengka untuk pertemuan menentang Felda United.

Kredit foto: Melaka United Soccer Association – MUSA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN