Coutinho Dijangka Buat Kenyataan Terbuka, Mahu Zahirkan Rasa Tidak Gembira Di Liverpool

Pemain Liverpool iaitu Philippe Coutinho dijangka bersedia untuk tampil kepada umum untuk menjelaskan situasi beliau bersama kelab tersebut.

Menurut sumber di England, Coutinho akan melakukan kenyataan terbuka mengenai situasi beliau bersama kelab tersebut dalam usaha untuk memaksa perpindahan ke Barcelona.

Musim ini, Coutinho belum lagi beraksi untuk Liverpool dan sudah terlepas 2 perlawanan Premier League serta 2 perlawanan kelayakan UEFA Champions League menentang Hoffenheim.

Coutinho dikatakan akan melakukan kenyataan terbuka dihadapan media seandainya pihak Liverpool menolak tawaran Barcelona untuk pemain tersebut untuk kali ke-4.

Akan tetapi, Barcelona belum lagi hadir untuk mendapatkan Coutinho dengan bidaan ke-4 mereka jadi kebarangkalian Coutinho untuk melakukan kenyataan itu masih lagi rendah.

Menurut sumber, Coutinho dikatakan sudah tidak mempunyai hubungan yang baik bersama-sama dengan pengurus Jurgen Klopp.

Beliau dikatakan sudah tidak menyukai walau sedikit pun dengan pengurus itu dan dikatakan sengaja melengah-lengahkan urusan perpindahan beliau ke Barcelona.

Walaupun begitu, Klopp secara terbuka mengakui akan menerima semula Coutinho dengan tangan terbuka untuk beraksi semula dalam pasukan mereka.

Coutinho ketika ini sedang mengalami kecederaan belakang dan diserang virus. Beliau dijangka akan kembali dalam perlawanan menentang Arsenal namun masih belum ada berita rasmi mengenai tahap kecederaan beliau.

Sumber:

  1. Yahoo Sports (2017): Liverpool star Coutinho ramps up bid for Barcelona move; https://uk.sports.yahoo.com/news/liverpool-star-coutinho-ramps-bid-barcelona-move-154810688.html

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN