10 Detik Istimewa Wayne Rooney Bersama England!

Wayne Rooney tampil di dalam 119 perlawanan untuk skuad kebangsaan England. Ia adalah penampilan kedua terbanyak di dalam sejarah bola sepak negara berkenaan, di belakang Peter Shilton (penjaga gol) yang merekodkan 125 penampilan.

Walaupun karier Wayne Rooney di peringkat antarabangsa tidak dihiasi dengan sebarang pingat kejuaraan, ia tidak bermakna tiada detik indah yang pernah dikongsikan dengan peminat bola sepak England di serata dunia.

Kali ini kami tampilkan 10 kenangan terindah sepanjang karier Wayne Rooney di pentas antarabangsa.

1. Debut antarabangsa

Lahir satu keterujaan luar biasa di kalangan peminat bola sepak England apabila menyaksikan Wayne Rooney tampil buat pertama kali sebagai pemain antarabangsa England.

Debut pertama Rooney untuk England ialah ketika menentang Australia di Upton Park pada Februari 2003 pada usia 17 tahun.

(Photo by Mark Leech/Getty Images)

Sven-Goran Eriksson memasukkan Rooney sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua perlawanan.

Di sebalik kekalahan 3-1 kepada Australia, Rooney menjadi tajuk berita sebagai pemain termuda yang pernah menyarung jersi The Three Lions.

2. Jaringan padu menentang Iceland

Iceland adalah antara pasukan yang bertanggungjawab menyingkirkan England di peringkat kumpulan pada kejohanan Euro 2016.

Lain kisahnya pada ‘FA Summer Tournament’- kejohanan jemputan 3 negara sebelum sepak mula Euro 2004. England menewaskan Iceland dengan jaringan 6-1 dalam perlawanan yang diadakan di City of Manchester Stadium.

(Photo by Mike Egerton/EMPICS via Getty Images)

Wayne Rooney menjaringkan 2 gol dalam perlawanan tersebut. Jaringan peribadi keduanya adalah satu rembatan padu dari jarak 25 meter menuju ke penjuru gawang Iceland.

Disifatkan sebagai antara jaringan tercantik Rooney untuk England, prestasi semasa Wayne Rooney dan England menambahkan keghairahan penyokong mereka menuju kejohanan Euro 2004.

3. Rooney gegarkan Euro 2004

Rooney sendiri menganggap kejohanan antarabangsa ini sebagai yang terbaik pernah dilaluinya sepanjang karier bersama England.

Corak permainan memukau ketika menentang Perancis yang merupakan juara bertahan kejohanan edisi sebelumnya, diikuti dengan 4 gol dari 2 perlawanan berikutnya menentang Switzerland dan Croatia adalah pemulaan yang meyakinkan buat England.

(Photo by Bob Thomas/Getty Images)

Kita semua tahu apa yang berlaku di peringkat suku akhir ketika berhadapan dengan Portugal.

Siapa sebenarnya yang boleh meramal nasib England dalam kejohanan tersebut jika tidak kerana kecederaan yang dialami oleh Rooney?

3. Voli menentang Russia

Rooney telah menjaringkan beberapa gol cantik dari jarak jauh sepanjang kariernya.

Perlawanan pembukaan pusingan kelayakkan Euro 2008 menentang Rusia menyaksikan antara gol terhebat yang pernah dihasilkan oleh Wayne Rooney.

(Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

Menyambut bola ‘flick’ daripada Michael Owen, Rooney merembat bola terus menuju ke gawang. Namun Rusia bangkit dengan 2 gol untuk menewaskan England.

England juga akhirnya gagal melayakkan diri ke Euro 2008.

4. Jaringan gol kelayakkan Piala Dunia 2010

Sikap optimis terhadap peluang England dalam kejohanan besar, bukanlah perkara baru. Begitulah juga ketika pusingan kelayakan Piala Dunia 2010 ketika di bawah kendalian Fabio Capello.

Rooney membintangi setiap perlawanan peringkat kumpulan dalam pusingan kelayakkan.

(Photo by Jamie McDonald/Getty Images)

Gol ke-5 perlawanan ketika menentang Croatia di Wembley adalah yang ke-9 buat Rooney sepanjang pusingan kelayakkan tersebut.

Gol tersebut turut menjadikan Rooney sebagai penjaring kedua terbanyak di peringkat kelayakkan zon Eropah.

Kita semua tahu nasib England di Piala Dunia 2010.

5. Euro 2012

Layangan kad merah dalam perlawanan terakhir peringkat kelayakkan menentang Montenegro bermakna Rooney digantung 2 perlawanan dan terlepas 2 aksi pertama peringkat kumpulan di kejohanan Euro 2012.

Menjadi perdebatan pada waktu itu, sama ada nama Rooney harus disenaraikan ke dalam pasukan untuk ke Ukraine.

(Photo by Christopher Lee/Getty Images)

Akhirnya Rooney disenaraikan di dalam pasukan England ke kejohanan Euro 2012.

Tampil dalam perlawanan terakhir menentang pasukan tuan rumah Wayne Rooney menjaringkan gol kemenangan untuk melayakkan England ke peringkat suku akhir.

6. Goal di Maracana, Brazil

Rooney sudah pun menjaringkan gol ketika dalam kemenangan menentang Brazil di Wembley pada awal 2013. Namun tidak ada siapa yang memberikan harapan ketika England berkunjung ke Maracana.

Brazil adalah tuan rumah Piala Dunia pada tahun berikutnya.

(Photo by Friedemann Vogel/Getty Images)

Dan di Maracana, Rooney memukau gergasi bola sepak Amerika Latin itu dengan lencongan tajam dari sudut sebelah kiri kotak penalti Brazil.

Gol tersebut memberikan pendahuluan kepada England. Namun Brazil segera membalas untuk perlawanan menarik tersebut berakhir dengan keputusan seri 2-2.

7. Gol pertama Piala Dunia

Wayne Rooney terpaksa menunggu sehingga edisi ke-3 Piala Dunia yang disertainya untuk menjaringkan gol pertamanya di kejohanan terulung bola sepak dunia itu.

Selepas menghasilkan 1 bantuan gol dengan hantaran lintang yang cantik dalam perlawanan pembukaan peringkat kumpulan menentang Itali, akhirnya Rooney menjaringkan gol ketika menentang Uruguay.

England tewas kedua-dua perlawanan dan Piala Dunia 2014 tampak seperti yang terakhir untuknya.

(Photo by Chris Brunskill Ltd/Getty Images)

8. Akrobatik di Scotland

Wayne Rooney muncul wira England dengan 2 gol apabila membantu England menewaskan seteru utama mereka Scotland di Celtic Park pada 2014.

Gol pertama, Rooney raikan dengan menggelungsur di atas padang menggunakan lutut. Itu adalah rutin menjaringkan gol yang biasa kita lihat dari pemain ini.

(Photo by Alex Livesey/Getty Images)

Gol kedua, Wayne Rooney meraikannya dengan aksi akrobatik!

“Aksi akrobatik itu adalah untuk anak lelaki saya. Anak saya sering melakukan aksi sebegitu dan dia mahukan saya melakukan aksi ini untuk dia,” ujar Rooney mengulas aksinya.

Kita semua tahu bagaimana Rooney sangat sayang akan keluarganya.

9. Gol kemenangan menentang Slovenia

Jack Wilshere menjaringkan 2 gol untuk England menewaskan Slovenia 3-2 dalam perlawanan kelayakkan Euro 2016.

Sudah pasti ramai yang mengingati gol Wishere dalam perlawanan yang dianggap paling menarik pada era Roy Hodgson ini.

(Photo by Jean Paul Thomas/Icon Sport via Getty Images)

Namun demikian, jaringan minit akhir Rooney adalah jaringan yang memberi kemenangan dan 3 mata penuh pada malam tersebut.

Gol tersebut menyamai jumlah 48 gol yang dijaringkan oleh Gary Lineker di peringkat antarabangsa.

10. Rekod jaringan untuk England

Rekod jaringan berjumlah 49 gol oleh Sir Bobby Charlton untuk England telah bertahan selama 45 tahun.

Namun ia dipecahkan oleh Wayne Rooney dalam perlawanan menentang Switzerland di Wembley pada September 2015.

(Photo by Mike Hewitt/Getty Images)

Perlawanan berbaki 8 minit ketika England dianugerahkan sepakan penalti. Rooney dengan yakin mengambil bola untuk mengambil sepakan.

Yann Sommer berjaya menyentuh bola tersebut, tetapi masih gagal menghalang Wayne Rooney mencatat sejarah baharu buat dirinya sebagai pemegang rekod penjaring gol terbanyak England sepanjang zaman!

Rumusan

Anda punyai memori lain akan kehebatan Wayne Rooney bersama England? Kongsikan dengan kami di ruangan komen.

Kami magu mendengarnya dari anda!

Sumber:
1. Adam Bate, Sky Sport (2017): Wayne Rooney retires from international football: The 12 best moments of his England career; http://www.skysports.com/football/news/12016/11001784/wayne-rooney-retires-from-international-football-the-12-best-moments-of-his-england-career

2. Phil McNulty, BBC (2017): Wayne Rooney international retirement: How will history judge his England career?; http://www.bbc.com/sport/football/41029594

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN