Corbin Ong Taruh Keyakinan Malaysia Mampu Atasi Cabaran Taiwan

Pertahanan kental Malaysia, La’vere Corbin Ong menjadi antara pemain paling optimis ketika ini untuk aksi seterusnya membabitkan pasukan negara berdepan Taiwan.

Malaysia bakal menghadapi aksi kedua bagi peringkat Kumpulan D untuk saingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 selepas cemerlang menundukkan Republik Kyrgyz pada perlawanan pertama.

Pada aksi lalu, Malaysia berjaya mencipta kemenangan dramatik 4-3 untuk mengatasi cabaran Republik Kyrgyz dengan menampilkan aksi cukup positif sehingga meraih pujian ramai peminat.

Corbin Ong menjadi antara pemain paling mencuri tumpuan pada perlawanan tersebut, selepas beliau bertindak dengan cukup baik untuk mengimbangi pertahanan serta serangan.

Malah, beliau juga dianggap sebagai pemain yang tidak kenal erti penat lelah selepas Corbin sentiasa bergerak pada perlawanan tersebut untuk memastikan penguasaan menjadi milik Malaysia.

Untuk aksi seterusnya, beliau bersama rakan sepasukan lain akan menentang cabaran Taiwan di Stadium Municipal dalam usaha untuk mendapatkan tiga mata seterusnya pula.

Melihat kepada perlawanan tersebut, Malaysia dilihat mempunyai kelebihan untuk meraih kemenangan kerana kedudukan ranking skuad kebangsaan lebih baik serta hadir dengan momentum kemenangan lalu.

Jelas Corbin Ong, sasaran penting Malaysia ketika ini adalah untuk memastikan kemenangan kedua mampu diraih di gelanggang pelawat pada perlawanan tersebut.

Kata pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu, skuad kebangsaan dilihat memiliki peluang untuk meraih kemenangan seterusnya selepas kejayaan mereka mengetepikan Republik Kyrgyz yang berada di ranking lebih tinggi pada aksi sebelum ini.

“Harimau Malaya mempunyai kualiti dengan semua pemain memberikan komitmen tinggi dalam pasukan untuk memenangi perlawanan menentang Taiwan.

“Sudah pasti seandainya kami tidak berjaya membawa pulang tiga mata, ia akan menyebabkan pasukan kecewa atau sedih.

“Saya menaruh keyakinan kami boleh mencipta kemenangan berdasarkan kepada prestasi pasukan kebangsaan ketika ini,” katanya menerusi laporan telah dikeluarkan oleh Berita Harian.

Corbin Ong dijangka akan terus dikekalkan dalam kesebelasan utama perlawanan akan datang oleh Kim Pan-gon kerana impak diberikan beliau pada aksi lalu cukup menyakinkan.

Gandingan beliau bersama Faisal Halim juga tampak sangat serasi dan gerakan dicipta kedua pemain ini pada aksi lalu berjaya mengkucar kacirkan pertahanan lawan.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN