Uruguay memulakan kempen Copa America 2019 dengan sebaik mungkin. Mereka menewaskan – pasukan yang bermain 10 orang – Ecuador dengan 4-0 di Belo Horizonte.
Nicolas Lodeiro meletakkan Uurguay di hadapan pada minit ke-6 menerusi satu kawalan bola dan voli yang cantik.
🇺🇾 Uruguay 1-0 Ecuador
Incredible goal from Lodeiro and more than deserved for dominant Uruguay.
We have seen plenty of golazos but this might be my favorite.
pic.twitter.com/qonSBP606K— Simon Edwards (@SimonEdwardsSAF) June 16, 2019
Jose Quintero kemudian dibuang padang selepas mengasari Nicolas Lodeiro. Ianya memudahkan lagi tugas Uruguay yang ternyata mengawal perlawanan daripada awal.
Uruguay memanipulasi beberapa kesilapan Ecuador. Penyerang sensasi Uruguay, Edinson Cavani dan Suarez kemudian menambah 2 lagi gol untuk Uruguay sebelum rehat.
Cavani melakukan satu sepakan gunting menewaskan penjaga gol.
Goal #Uruguay 2 #Ecuador 0 pic.twitter.com/wsFJq0Rpcg
— J. (@Akale_Tg) June 16, 2019
Manakala Luis Suarez melakukan percubaan jarak dekat selepas sepakan penjuru Nicolas Lodeiro gagal dikeluarkan.
Goal #Uruguay 3 #ecuador 0#Suarez #CopaAmerica pic.twitter.com/STLzVmNNCO
— J. (@Akale_Tg) June 16, 2019
Cavani juga memiliki beberapa percubaan yang dinafikan dengan cemerlang untuk penjaga gol Ecuador, Alexander Dominguez.
Pada separuh masa kedua, Ecuador terus tidak bermaya. Mereka hanya dalam proses mahu melimitasikan kemusnahan. Uruguay terus mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua.
Minit ke-78, Arturo Mina ibarat selepas jatuh ditimpa tangga. Beliau tertampan bola ke gawang sendiri.
Wisel penamat dibunyikan dan Uruguay menag 4-0.
Uruguay ternyata terlalu unggul untuk Ecuador. Mereka mendominasi 62% perlawanan dan melakukan 16 percubaan ke arah gol, 7 adalah tepat. Manakala Ecuador hanya melakukan 1 percubaan tepat daripada hanya 2 percubaan ke arah gol.
Kemenangan ini juga memberikan kelebihan awal kepada Uruguay dalam kumpulan C. Chile dan Jepun akan turun pada perlawanan seterusnya.