Copa America: Messi Tuduh CONMEBOL Dibayar Rasuah, Semuanya Sudah Tersedia Untuk Brazil

Lionel Messi enggan naik ke pentas bersama skuad Argentina yang lain untuk menerima medal tempat ketiga Copa America 2019, sebelum menempelak CONMEBOL mengamalkan rasuah selepas menerima kad merah dalam perlawanan menentang Chile pada awal pagi tadi.

Bintang Barcelona itu menghasilkan bantuan gol untuk jaringan Sergio Aguero pada minit ke-12 perlawanan.

Pada ketika kedudukan 2-0 memihak kepada Argentina, insiden tolak menolak membabitkan pemain tengah Chile, Gary Medel menyebabkan pengadil melayangkan kad merah kepada kedua-dua pemain pada minit ke-37 perlawanan.

Medel jelas agresif terhadap Messi dalam perlawanan tersebut. Namun tindakan pengadil perlawanan, Mario Diaz de Vivar melayangkan kad merah kepada Messi membuatkan pemain-pemain Argentina yang lain menyerbu pengadil untuk mempersoalkan keputusan.

“Tiada keraguan segala-galanya telah diatur untuk Brazil. Saya berharap VAR dan pengadil tidak memainkan peranan sama dan Peru dibenarkan bertanding secara adil. Tetapi ini kelihatan sukar,” ujar beliau kepada wartawan selepas perlawanan.

Mengulas keengganan beliau menerima medal, ini penjelasan Messi:

“Saya tidak mahu menjadi sebahagian daripada skandal rasuah ini. Kami sepatutnya tidak menjadi sebahagian daripada penghinaan yang kami terima sepanjang Copa America ini.

“Saya sentiasa memberithu apa yang benar dan jujur. Kerana itulah saya boleh kekal tenang. Jika apa yang saya katakan ini mempunyai akibat lain, ia bukan urusan saya.

“Saya berpendapat apa yang berlaku dalam perlawanan ini adalah kerana apa yang saya katakan mengenai Brazil [selepas perlawanan separuh akhir].

“Apa yang saya katakan sebelum ini mungkin akan kembali menghantui saya,” ujar beliau.

Sebelum ini Messi lantang mengkritik pengadil yang dikatakan berat sebelah kepada Brazil, selepas Argentina tewas 2-0 di separuh akhir kepada pasukan tuan rumah.

“Mereka [Brazil] bukan pasukan yang lebih bagus dari kami. Mereka memperolehi gol awal, dan gol kedua adalah berpunca dari sepakan penalti [untuk Aguero] yang tidak diberikan,” ujar Messi kepada wartawan.

“Pegawai perlawanan juga memberikan layangan kad mengarut [bullsh*t] yang banyak, tetapi mereka langsung tidak melakukan semakan menggunakan VAR. Itu sangat menghairankan.

“Perkara itu berlaku sepanjang perlawanan. Setiap kali berlaku ‘contact’, mereka [pengadil] akan memberi kelebihan kepada Brazil dan semua ini mengganggu tumpuan kami dalam perlawanan,” ujar beliau sebelum ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN