Copa America: Brazil Tundukkan Peru Untuk Mara Ke Perlawanan Akhir

Copa America 2021

Brazil menjadi pasukan pertama yang mengesahkan tempat mereka di perlawanan akhir Copa America 2021 selepas berjaya menewaskan Peru sebentar tadi.

Dilangsungkan di Olympic Stadium di Rio de Janeiro, Brazil yang hadir sebagai pilihan bukanlah bagaimana pun menghadapi tentangan sukar Peru yang turut berazam ke perlawanan akhir.

Turun tanpa Gabriel Jesus yang digantung perlawanan tidak menghalang Brazil untuk menunjukkan kualiti serangan mereka menerusi Neymar dan Lucas Paqueta.

Gandingan dua pemain ini berjaya memberikan kejayaan buat Brazil apabila Paqueta berjaya memberikan gol buat negarannya menerusi penyudah kaki kiri pada minit ke-34.

Neymar melakukan gerakan solo sebelum dikepung tiga pertahanan Peru di dalam kotak penalti. Beliau mengatasi mereka dengan gerakan lincah sebelum melakukan hantaran lintang kepada Paqueta.

Paqueta yang tidak dikawal mudah sahaja menjaringkan gol untuk memberikan jaringan tunggal perlawanan.

Namun sebelum itu Brazil turut mensia-siakan beberapa peluang terutamanya yang dihasilkan oleh Neymar apabila percubaan beliau pada minit ke-7 tidak menepati sasaran.

Malah Neymar juga gagal menyempurnakan percubaan dari jarak enam meter apabila tolakannya mudah dihalang oleh penjaga gol Peru – Pedro Gallese.

Bagi Peru pula, mereka turun tempang tanpa pemain sayap Andre Carillo yang digantung jelas sekali menyukarkan usaha mereka untuk memberikan ancaman kepada Brazil.

Akan tetapi, Peru juga mempunyai beberapa peluang terutamanya di separuh masa kedua menerusi Gianluca Lapadula yang menyaksikan rembatannya mudah ditepis keluar Ederson Moraes.

Peluang terbaik Peru untuk mengikat kedudukan pastinya hadir pada minit ke-80 apabila situasi sepakan percuma tidak terus (indirect freekick) gagal disempurnakan oleh Alexander Callens.

Kekentalan pertahanan Brazil sekali lagi telah membantu mereka untuk terus bertahan dan mengesahkan satu lagi kemenangan dalam Copa America 2021.

Brazil akan bertemu pemenang antara Argentina dan Colombia di perlawanan akhir pada Ahad ini.

Kesebelasan utama

Brazil: Ederson Moraes (penjaga gol), Danilo, Marquinhos, Thiago Silva, Renan Lodi, Casemiro, Fred, Everton, Lucas Paqueta, Neymar, Richarlison

Peru: Pedro Gallese (penjaga g0l), Aldo Corzo, Anderson Santamaria, Christian Ramos, Alexander Callens, Miguel Trauco, Renato Tapia, Yoshimar Yotun, Sergio Pena, Christian Cueva, Gianluca Lapadula

Baca juga artikel kami yang lain:

Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020™ Dengan Astro Go Interactive Mode

Safiq Rahim: Legenda Hidup Harimau Selatan Yang Masih Mengaum Gagah

Tiada Saingan Piala AFC Buat Kedah & Terengganu Musim Ini

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN