Quantcast

BERITA

Copa America 2019: Misi Pertahan Kejuaraan Bermula, Chile Selesa Atasi Jepun 4-0

Juara bertahan, Chile memulakan kempen Copa America 2019 dengan langkah kanan selepas menang selesa 4-0 menewaskan pasukan jemputan, Jepun di Estádio Cícero Pompeu de Toledo, Brazil.

Skuad yang dibimbing Reinaldo Rueda itu kini mengintai kejuaraan Copa America buat kali ketiga berturut-turut selepas melakukannya di tempat sendiri (2015) dan Amerika Syarikat setahun kemudiannya.

Jepun yang menyenaraikan skuad muda pada penampilan edisi kedua mereka dalam saingan Copa America pada mulanya tidak memberikan laluan yang mudah buat Chile.

Pemain yang baru sahaja menyertai Real Madrid pada minggu lalu, Takefusa Kubo turut diletakkan di kesebelasan utama.

SAO PAULO, BRAZIL – JUNE 17: Ayase Ueda of Japan and Eduardo Vargas of Chile wait for corner kick during the Copa America Brazil 2019 group C match between Japan and Chile at Morumbi Stadium on June 17, 2019 in Sao Paulo, Brazil. (Photo by Alessandra Cabral/Getty Images)

Chile bagaimanapun berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-41 selepas Erick Pulgar melonjak tinggi mengatasi pertahanan Jepun bagi menanduk masuk bola berpunca daripada sepakan penjuru yang diambil Charles Aranguiz.

Pemenang kasut emas dua edisi berturut-turut, Eduardo Vargas menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-54.

Vargas yang menerima hantaran daripada Mauricio Isla di sebelah kiri pintu gol Jepun melepaskan rembatan dari luar kawasan penalti dan terbias pertahanan untuk gol kedua.

Dua jaringan pantas pada minit ke-83 dan 84 menerusi Alexis Sanchez dan Vargas memastikan perlawanan berkesudahan dengan keputusan 4-0 memihak Chile.